Ibu bayi mati dibunuh bapa mungkin terbabit

Hebahkan !!!
Lokasi kejadian seorang bapa membunuh bayi lelakinya berusia lapan bulan di Kampung Sungai Dua, Melawi, Bachok. ARKIB NSTP
Lokasi kejadian seorang bapa membunuh bayi lelakinya berusia lapan bulan di Kampung Sungai Dua, Melawi, Bachok. ARKIB NSTP

 

BACHOK: Polis tidak menolak kemungkinan ibu bayi lapan bulan yang mati dibunuh bapanya di Kampung Sungai Dua, Melawi dekat sini, kelmarin turut terbabit dalam pembunuhan itu.

Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat, berkata wanita berusia 32 tahun itu kini ditahan reman selama seminggu.

“Polis tidak menolak kemungkinan wanita itu juga terbabit dalam ajaran sesat seperti suaminya.

“Sehingga kini wanita berkenaan masih mendapatkan rawatan di hospital.

“Polis juga belum mengambil keterangan pasangan suami isteri berkenaan kerana masing-masing enggan bercakap,” katanya selepas lawatan ke kediaman anggota polis yang mengalami kecederaan ketika mengadakan operasi pematuhan SOP COVID-19 di Kampung Perupok, di sini.

Shafien berkata, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, Wan Mohamad Afiq Wan Roslan, lapan bulan ditemui mati dalam keadaan menyayat hati termasuk badan dilumur garam dipercayai dibunuh bapanya yang dikatakan masalah mental.

Leave a Reply

%d bloggers like this: