Liga M3: KL Rovers enggan kibar bendera putih

Liga M3: KL Rovers enggan kibar bendera putih

Liga M3: KL Rovers enggan kibar bendera putih
Barisan pemain KL Rovers meraikan kemenangan yang diraih ke atas Armed Forces FC semalam. –

PETALING JAYA – Perebutan kejuaraan semakin menarik dan mendebarkan apabila KL Rovers dan Imigresen FC saling silih berganti memimpin Liga M3 atau lebih dikenali sebagai Liga MBSB Bank 2023 dengan aksi kini berbaki dua perlawanan.

Sebagain rekod, KL Rovers kembali menerajui saingan dengan kemenangan 2-0 ke atas Armed Forces FC pada aksi di Stadium MINDEF, Kuala Lumpur semalam.

Pada aksi tersebut, Imigresen FC yang dibimbing jurulatih berpengalaman Mat Zan Mat Aris berada ditangga teratas dengan kelebihan satu mata berbanding KL Rovers yang mengutip 50 mata selepas 22 perlawanan.



Namun, kemenangan 2-0 ditempat lawan untuk aksi ke 23 meletakkan anak didik Wan Mustaffa Wan Ismail kembali didepan dengan perbezaan dua mata.

Wan Mustaffa berkata, kemenangan berdepan Armed Forces ditempat lawan umpama mengesahkan kedudukan dua kelompok teratas dengan perebutan gelaran kejuaraan kini menjadi sasaran seterusnya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Punca UMNO Hilang Sokongan Di Felda?




“Berdepan pasukan yang terkenal dengan kecergasan dan kekuatan bukanlah tugas mudah namun disipilin tinggi pemain saya memastikan tiga mata berharga dibawa pulang dan beri cabaran buat Imigresen FC.

“Kami masih ada satu perlawanan manakala lawan (Imigresen FC) dua perlawanan, apa-apa boleh berlaku dan saya yakin pemain KL Rovers akan terus berjuang sehingga perlawanan terakhir.

“Bola sekarang ini berada dihalaman Imigresen FC, kita hanya perlu baiki corak permainan diri kita sahaja untuk dapatkan tiga mata,” katanya selepas tamat perlawanan.

Bagaimanapun, Imigresen FC berpeluang kembali memintas sekiranya skuad yang mendapat jolokan The Mighty Tigers ini menang pada aksi bertemu Bukit Tambun FC di Stadium UPM, Serdang, Sabtu ini. – KOSMO! ONLINE



Liga M3: KL Rovers enggan kibar bendera putih


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Apakah Punca UMNO Hilang Sokongan Di Felda?




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading