Kilang Hup Seng Tutup Akibat Covid

 

Hup Seng Industries Bhd diarahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) supaya menutup sementara kilang pengeluarannya bermula 5 September hingga 11 September 2021.

Pengeluar biskut utama terkemuka itu berkata, arahan berkenaan dibuat selepas kilang pengeluarannya dikesan sebagai lokasi penyebaran COVID-19.

“Kumpulan menerima notis itu daripada KKM pada 5 September lalu.

Justeru itu, Hup Seng menghentikan sementara beberapa bahagian operasi bagi langkah pembasmian kuman di kawasan yang terjejas sekali gus mengekang penyebaran COVID-19.

 



“Ia akan dilaksanakan di kilang kumpulan dekat Kawasan Perindustrian Tongkang Pecah, Batu Pahat, Johor,” katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia.

Hup Seng berkata, pihaknya juga akan memberi kerjasama menyeluruh dengan KKM dan mengambil langkah-langkah yang ditetapkan bagi menyekang penyebaran COVID-19 di premisnya.

Katanya, ia juga seiring dengan komitmen kumpulan melindungi keselamatan dan kesejahteraan pekerja.

 



Mengenai impak penutupan sementara itu kepada operasi dan pendapatan kumpulan, Hup Seng berkata penutupan sementara bahagian tertentu itu tidak akan menjejaskan pengeluaran selain penghantaran barangan kepada pelanggan domestik dan antarabangsa.

“Kos terbabit yang perlu ditanggung oleh Hup Seng hanyalah dari segi pelaksanaan ujian COVID-19 dan pembasmian kuman,” katanya.

Hup Seng adalah antara peneraju utama pengeluaran biskut dan makanan ringan di Malaysia sejak 1958.

Ia diperbadankan pada 4 Oktober 1991 dan kemudian disenaraikan di Bursa Malaysia pada 2 November 2000.

Hup Seng mempunyai tiga anak syarikat iaitu Hup Seng Perusahaan Makanan (M) Sdn Bhd, Hup Seng Hoon Yong Brothers Sdn Bhd dan In-Comix Food Industries Sdn Bhd.

bh



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker