Syarikat tambang rendah Korea Selatan buka semula penerbangan ke Jepun bulan depan

SEOUL, 7 Okt — T’way Air, syarikat penerbangan tambang rendah Korea Selatan, pada Rabu berkata perkhidmatan ke Jepun akan dibuka semula mulai bulan depan, khasnya bagi memenuhi permintaan perjalanan perniagaan, lapor agensi berita Yonhap.

Syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan berkata perkhidmatan di laluan Incheon ke Osaka dan Tokyo masing-masing akan bermula pada 5 dan 6 November, selain merancang menyediakan penerbangan ke Nagoya dan Fukuoka, kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Di peringkat awal T’way Air hanya menawarkan satu penerbangan seminggu untuk laluan ke Osaka dan Tokyo.

T’way Air menangguhkan sebahagian besar laluan antarabangsa pada Mac berikutan sekatan penerbangan di 180 negara dan wilayah ekoran COVID-19.

Penerbangan ke bandar Wuhan di China sudah beroperasi semula pada 16 Sept.

Dengan persetujuan pihak berkuasa penerbangan Korea dan China, syarikat penerbangan itu merancang perkhidmatan di laluan Wuhan akan disediakan sehingga 24 Oktober untuk musim panas. Untuk musim sejuk dari akhir Oktober hingga akhir Mac pula, pihaknya sedang merancang mendapatkan persetujuan pihak berkuasa.

Selain itu, T’way memulakan semula penerbangan ke Yanji pada 20 Ogos untuk memenuhi permintaan perniagaan, meskipun terdapat penurunan ketara permintaan pelanggan di laluan domestik sejak Mac.

— BERNAMA

KERTAS PUTIH FELDA – FAKTA vs AUTA (EPISOD 1)

KERTAS PUTIH FELDA – FAKTA vs AUTA (EPISOD 1)

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker