Tiga peti besi dipecah, kedai serbaneka kerugian RM14,661

KUALA BERANG, 15 Okt — Pemilik kedai serbaneka di Sungai Banjar, di sini, kerugian RM14,661 apabila tiga buah peti besi berisi wang tunai yang diletakkan dalam premis berkenaan dipecahkan pencuri, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata kejadian tersebut disedari oleh pekerja kedai berkenaan kira-kira pukul 9.40 pagi tadi.

“Semasa pekerja kedai itu tiba di lokasi kejadian didapati keadaan pejabat berselerak. Hasil pemeriksaan mendapati terdapat tiga unit peti besi dipecahkan menggunakan alat ‘kuku kambing’ yang diambil dari kedai tersebut.



“Disyaki pencuri tersebut telah masuk melalui tingkap stor di tingkat dua kedai berkenaan kerana terdapat kesan tingkap diumpil,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau rakaman kamera litar tertutup (CCTV)  menunjukkkan terdapat kelibat seorang lelaki berbadan kurus dan memakai baju-T berwarna putih berlengan panjang serta berseluar gelap.

Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah masuk, yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh didenda atau sebat, jika sabit kesalahan.

KERTAS PUTIH FELDA – FAKTA vs AUTA (EPISOD 1)

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker