Armenia bedil roket sasar wilayah Ordubad, Nakhchivan

ANKARA, 16 Okt  — Tentera Armenia melancarkan serangan peluru berpandu ke wilayah Ordubad, menurut Kementerian Pertahanan Azerbaijan pada Jumaat.

“Peluru berpandu dibedil pada 15 Oktober, pukul 10.44 [0644GMT] oleh tentera Armenia dari wilayah Gubadli menyasarkan wilayah Ordubad di Republik Autonomi Nakhchivan,” Agensi Anadolu melaporkan memetik kenyataan kementerian.

Tambah kenyataan itu tiada penduduk dan kemudahan awam terjejas.



Laporan Anadolu juga mengatakan Armenia mengalami kerugian besar apabila Azerbaijan meneruskan operasi tenteranya di seluruh wilayah.

Keadaan dilaporkan tegang di Aghdere, Aghdam, Fizuli dan Hadrut ketika tentera Armenia melakukan serangan tetapi didakwa berjaya dihalang tentera Azerbaijan.

Sekurang-kurangnya 47 orang awam Azerbaijan dilaporkan terbunuh dan 222 lagi cedera dalam serangan berterusan Armenia ke penempatan orang awam, menurut pihak berkuasa Azerbaijan pada Jumaat.

Pertempuran terbaru yang bermula pada 27 September lalu sudah mengorbankan nyawa termasuk orang awam di kedua-dua pihak bertelagah. Genjatan senjata yang ditaja Rusia dipersetujui pada 10 Oktober.



Namun, tiada pihak mengaku bertanggungjawab memulakan serangan dan melanggar genjatan senjata, Azerbaijan dan Armenia saling menuding jari.

— BERNAMA

KERTAS PUTIH FELDA – FAKTA vs AUTA (EPISOD 1)





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button