Enam termasuk tiga wanita ditahan kerana disyaki edar dadah

KUALA LUMPUR, 16 Okt — Polis menahan enam individu termasuk tiga wanita dipercayai terbabit dengan kegiatan pengedaran dadah di sekitar ibu kota, susulan serbuan di sebuah kondominium di Jalan Hang Tuah 2, Salak Selatan di sini, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Brickfield ACP Zairulnizam Mohd Zainuddin berkata kesemua suspek berusia 21 hingga 25 tahun itu ditahan dalam serbuan pada pukul 12.30 tengah malam dan pihaknya turut merampas pelbagai dadah dianggarkan bernilai lebih RM30,000.

“Antara dirampas dadah jenis MDMA berbentuk pil dan cecair, ketamin serta Erimin 5.



“Siasatan awal mendapati salah seorang suspek mendapatkan bekalan daripada seorang lelaki di sekitar Kuchai Lama, Sri Petaling dan Pandan Indah, Ampang dan berurusan dua kali sebulan sejak April lalu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Zairulnizam, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Balai Polis Brickfields kini sedang mengesan lelaki berkenaan yang dipercayai pembekal dadah tersebut.

Katanya, semakan lanjut mendapati empat suspek mempunyai beberapa rekod jenayah lampau melibatkan kes dadah dengan dua daripada suspek adalah orang yang dikehendaki polis berkaitan kes tersebut.

Kesemua suspek direman tujuh hari bermula hari ini sehingga 22 Okt bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Merbahaya 1952.



— BERNAMA

KERTAS PUTIH FELDA – FAKTA vs AUTA (EPISOD 1)

KERTAS PUTIH FELDA – FAKTA vs AUTA (EPISOD 1)



 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button