KERTAS PUTIH FELDA – AZMIN ALI BENTANG KERTAS SKRAP? (EPISOD 2)

Hebahkan !!!

SINOPSIS BERCANGGAH DENGAN FAKTA

Kertas Putih Felda

Kertas Putih yang dibentangkan Azmin Ali ketika menjadi Menteri Ekonomi Pakatan Harapan menimbulkan keraguan apabila diteliti dengan baik. Kelemahan ketara dalam Kertas Putih tersebut seperti ada “tangan ghaib” yang mahu mempolitikkan keputusan yang telah dibuat oleh Lembaga Pengarah Felda dalam mesyuarat berkaitan beberapa projek yang dijalankan oleh Felda dibawah FIC (Felda Investment Corporation).

Antara yang menarik sekali percanggahan fakta yang terdapat ialah penilaian tanah milik Felda. Menurut laporan yang dikeluarkan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), menetapkan nilai semasa tanah “Projek Semarak” pada kadar RM180,000,000.00 (17 Lot) pada tarikh 16 Januari 2014.

Bagaimanapun menurut satu lagi laporan yang dikeluarkan oleh Firdaus and Associates Professional Sdn Bhd (FAPP) harga tanah “Projek Semarak” mencecah RM330,960,000.00 (17 lot).

Melihat dari kedudukan maklumat dari JPPH dan FAPP, kita dapat melihat bahawa terdapatnya penilaian berganda yang dilakukan dan di bentangkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi didalam Kertas Putih.

Percanggahan ini tidak terdapat dalam laporan Kertas Putih yang dibentangkan Azmin Ali pada 10 April 2019 selaku Menteri Ekonomi yang dipertanggungjawabkan menjaga Felda ketika itu. Kelemahan ketara dalam laporan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (ISBN :978-967-5842-14-6) ini membuka satu lembaran baru dalam persoalan siapa yang menyediakan Laporan Kertas Putih Felda.

Terdapat banyak lagi perkara yang ketara yang boleh dipertikaikan dalam pembentangan Azmin Ali mengenai Felda. Tatacara penyediaan Kertas Putih  serta fakta yang agak mengelirukan, selain daripada itu percanggahan tarikh yang dikemukakan dalam laporan ini.

Pembentangan  Kertas Putih ini juga telah banyak menimbulkan keraguan fakta dan telah menjadi satu persoalan samada Kertas Putih ini benar-benar mahu membawa Felda ke satu arah yang lebih baik atau sekadar permainan politik bagi mencari kesalahan untuk menghukum satu pihak sahaja disamping untuk mengaut keuntungan.

Leave a Reply

%d bloggers like this: