Pemuda UMNO Sokong Penuh Titah YDP Agong, Fokus Agenda Bantu Rakyat

Hebahkan !!!

KUALA LUMPUR, 16 Okt – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menjunjung kasih dan mendokong penuh Titah dan saranan Tuanku Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menasihati semua rakyat khususnya ahli politik untuk bermuhasabah agar negara tidak sekali lagi diheret ke kancah politik tidak menentu.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, titah DYMM SPB YDP Agong supaya ahli-ahli Parlimen mempamerkan kematangan dalam berpolitik dan memahami serta menjiwai keluh kesah rakyat serta tidak mengabaikan kesejahteraan rakyat adalah nasihat yang amat bermakna dan sewajarnya diambil iktibar dan pedoman buat semua.

“Fokus ketika ini seharusnya ditumpukan kepada agenda membantu rakyat yang sedang mendepani pandemik Covid-19 dan dampak negatif daripadanya yang memberi kesan langsung terhadap kedudukan ekonomi negara dan kebajikan rakyat yang ketika ini dihimpit rasa susah dan gelisah,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong melalui Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin telah mengeluarkan kenyataan di Istana Negara hari ini, ahli-ahli politik seharusnya tidak mengakhiri perbezaan pendapat dengan permusuhan.

Baginda turut menasihati seluruh rakyat untuk terus memainkan peranan masing-masing dan berdisiplin mematuhi prosedur operasi standard dan tatacara amalan kebiasaan baharu dalam membantu pihak-pihak berkuasa memerangi penularan COVID-19 demi keselamatan diri dan kesejahteraan negara. – UMNO Online

Leave a Reply

%d bloggers like this: