Pengambilalihan Saham:- Adakah FGV Akan Senasib Dengan DRB HICOM?

Sebagai usaha menjana pendapatan, FELDA telah melancarkan beberapa entiti korporat swasta terutamanya untuk memastikan rantaian nilai yang lengkap aktiviti terasnya. Antara yang terbesar adalah FELDA Holdings Sendirian Berhad, FELDA Plantations Sendirian Berhad dan FELDA Global Ventures (FGV).

Untuk memastikan pertambahan pendapatan Warga Peneroka dan petugas-petugas FELDA, Koperasi Permodalan FELDA (KPF) telah ditubuhkan, yang pada mulanya juga terlibat dalam operasi bersama FELDA Holdings.

Selepas FGV disenaraikan di Bursa Malaysia Jun 2012, FELDA telah juga menubuhkan FELDA Investment Corporation (FIC).

Perkembangan positif hasil penubuhan FGV ini te;lah dapat dilihat apabila Felda Global Ventures Holdings (FGV) disenaraikan di Bursa Malaysia pada 28 Jun 2012, ianya merupakan projek penyenaraian kedua terbesar di dunia selepas Facebook.



Pada masa itu harga pasaran FGV adalah sebanyak RM4.45 dan pernah mencapai tahap RM5.50 buat seketika dahulu. Kini selepas tiga tahun, harga saham FGV pada 24 Julai 2015 hanyalah RM1.67.

Dalam tempoh tiga tahun, ia merudum teruk sebanyak 70 peratus. Modal pasaran pada waktu puncak adalah kira-kira RM20 bilion dan kini ia hanya bernilai RM6 bilion – susut teruk sebanyak RM14 bilion.

Kenapa ini berlaku? Salah satu sebabnya ialah penularan maklumat negative dikalangan pemain politik yang mana  telah memburukkan lagi keadaan prestasi FGV. FGV telah dipolitikkan oleh beberapa pihak untuk menimbulkan keraguan dikalangan peneroka.

Bermula dari situ,  hari demi hari kemelut yang melanda FGV terus menjunam dan dilihat amat jauh lagi  untuk mencapai matlamatnya walaupun sekarang kita sudah memasuki tahun 2020. Isu pemilikan saham utama masih be;lum dapat diselesaikan.



Berita baru yang tular dilaman laman media perdana dan media social menyatakan hasrat Syed Mokhtar al-Bukhari untuk membeli saham utama FGV.

Menurut laporan berita, Syed Mokhtar merancang untuk membeli 20 peratus saham FGV daripada Felda dan Kumpulan Peneroka Felda (KPF), di mana masing-masing memegang syer FGV sebanyak 33.66% dan 5.25%.

Perkara yang perlu dilihat ialah, FGV seharusnya berhati hati dalam usaha pengambilalihan oleh pihak swasta. Kita sedia maklum bahawa pihak swasta menjalankan operasi perniagaan mereka adalah berasaskan keuntungan dan bukan menjaga kebajikan.

Begitu juga dengan cadangan pembelian saham FGV oleh Syed Mokhtar. Kajian dan penelitian yang wajar (due diligence) perlulah dilaksanakan demi memastikan kepentingan peneroka terjaga. Perkara ini amat penting untuk dikaji secara jangka panjang.

Sedia maklum apabila sesuatu berita yang penting terutama melibatkan pengambilaihan sudah pastinya pelbagai reaksi daripada ramai pihak,  Seperti  biasanya ada yang akan menyokong dan mengkriitik tindakan ini.

Segala bentuk pandangan ini memang dialu-alukan, sekali gus ianya menunjukkan rakyat disekeliling peka dengan situasi yang berlaku. Pada kebanyakan mereka sudah pasti mengharapkan satu keputusan yang relevan dan memberikan manfaat kepada semua pihak terutama  dari pihak peneroka.

Pada dasarnya agak  tidak realistik jika kita ingin menolak tawaran pengambilaihan ini untuk meningkatkan saham FGV yang dimiliki Felda kepada 51% dan Koperasi Permodalan Felda (KPF) kepada 49%.

Untuk rujukan, pada masa ini Felda memegang saham FGV sebanyak 21.24% dan KPF pula memegang 5.24%.

Persoalannya sekarang apakah dengan pengambilalihan ini akan dapat mengembalikan FGV kelandasan asalnya dan  akan terus memberikan manfaat kepada peneroka atau akan berlaku sebaliknya.

Umum sedar bahawa FGV sedang menghadapi kewangan yang merudum dan sekali gus ianya membebankan dalam menjalankan aktiviti. Untungnya sangat rendah manakala margin hutang pula amat tinggi.

Justeru itu, adakah dengan kemelut yang dihadapi oleh FGV dan Felda ini bermakna Felda boleh membenarkan  Syed Mokhtar  untuk membeli sahan utama FGV?Sudah pasti jawapannya “tidak”,  sekurangnya FGV dan  Felda harus melihat apakah tawaran-tawaran yang boleh diberikan sekali gus akan memberikan manfaat kepada peneroka.

Cukuplah Proton dan DRB HICOM mendapat nasib malang sebelum ini atas pengambilalihan saham. Sudah pastinya peneroka tidak mahu melihat penjualan semula saham saham kepada pihak lain dan menjadikan keadaan lebih buruk lagi.

Pelbagai pihak berkepentingan perlu bincang semeja untuk mencapai keputusan yang bermanfaat untuk semua. Semua pihak harus bersifat terbuka. Mampukah Syed Mokhtar  membantu Felda dan FGV kembali ke zaman kegemilangannya dalam dekad-dekad yang lalu?

UMNO DIGESA BUAT LAPORAN POLIS PENYEBARAN SURAT SOKONGAN PALSU

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker