Penganjur Sukan Komanwel 2022 keluar jadual awal pertandingan
KUALA LUMPUR, 16 Okt — Jawatankuasa Penganjuran Sukan Komanwel Birmingham 2022 telah mengeluarkan jadual harian awal pertandingan temasya itu, yang bakal berlangsung pada 28 Julai hingga 8 Ogos 2022.
Majlis Olimpik Malaysia (OCM) dalam laman webnya, www.olympic.org.my, hari ini memaklumkan bahawa kebanyakan atlet Malaysia akan beraksi pada 29 Julai, sehari selepas upacara pembukaan rasmi di Alexander Athletics Stadium di Perry Barr, Birmingham, England.
“Dalam beberapa bulan akan datang, jadual lebih terperinci akan diumumkan dengan menyenaraikannya mengikut sesi,” katanya.
Edisi ke-22 temasya itu akan menampilkan 25 sukan yang berlangsung di 15 venue di Birmingham.
Sukan itu ialah olahraga, badminton, bola keranjang 3×3, bola tampar pantai, tinju, kriket, berbasikal (basikal bukit), gimnastik (artistik dan berirama), hoki, judo, boling padang, bola jaring, ragbi 7s, skuasy, ping pong, triathlon, angkat berat, gusti, akuatik (terjun dan renang), berbasikal (lebuh raya dan trek), bola keranjang berkerusi roda 3×3, dan powerlifting.
— BERNAMA
KERTAS PUTIH FELDA – APA FAEDAH UNTUK PENEROKA? (EPISOD 1.5)