UMNO DIGESA BUAT LAPORAN POLIS PENYEBARAN SURAT SOKONGAN PALSU

MANA SUMBER DALANG PENYEBAR SURAT PALSU?

Dalam kekalutan politik yang kabur, tersebar pula satu salinan surat menggunakan lambang Umno dengan perkataan Presiden Umno menyatakan sokongan terhadap Presiden PKR Anwar Ibrahim. Kandungan 3 mukasurat berkenaan yang kononnya ditujukan kepada Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dipercayai disebarkan melalui aplikasi whatsapp.

Antara kandungan surat berkenaan, Zahid menzahirkan sokongan beliau bersama Najib Razak kepada Anwar Ibrahim sebagai PM Ke-9 selepas semua ahli parlimen Umno hilang kepercayaan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Modus operandi surat yang disebarkan kelihatan sangat lemah dalam membina naratif Umno kini berada dalam blok Anwar Ibrahim. Dipercayai sebuah portal yang mencetuskan isu ini adalah portal berbayar dan dibiayai seorang ahli politik yang sedang “ketakutan” hilang jawatan sekiranya Perikatan Nasional benar- benar tumbang angkara Anwar Ibrahim. Sebelum ini Anwar dilaporkan mendakwa beliau mempunyai jumlah sokongan mencukupi bagi merealisasikan impian 22 tahunnya untuk menduduki kerusi nombor 1 politik Malaysia. Umum tahu beliau yang terpalit dengan dakwaan salah laku seks oleh Tun Mahathir pada 1997-1998 membawa kepada pemecatannya dalam tahun sama.

Cubaan kali kedua Anwar menerusi Pakatan Harapan juga GAGAL apabila Mahathir berdolak-dalik tarikh sebenar peralihan kuasa seperti dijanjikan dalam persetujuan Pakatan Harapan sebelum ini. Mereka yang menentang peralihan kuasa pada ketika itu mendesak agar Anwar menunggu hingga Mahathir bersedia melepaskan jawatannya sebagai PM Ke-7.

Konflik dalaman PH telah membawa kepada keruntuhan kerajaan PH akhir Februari 2020 sekaligus menyaksikan PKR turut berantakan bila sekumpulan ahli parlimen mereka bertindak keluar parti dan memberi sokongan kepada Muhyiddin Yassin. Kumpulan ini telah diterima masuk ke Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan diberikan keistimewaan menjawat pelbagai jawatan dalam kabinet selain mendapat kedudukan dalam PPBM.

Mutakhir ini konflik politik berlaku dan cubaan Anwar untuk menyembahkan jumlah sokongan kepada beliau menjadi bahan perli kumpulan politik tertentu. Tekanan mula dirasai apabila Umno mempertimbangkan untuk menarik diri daripada Perikatan Nasional. Ini telah menjadi “tamparan” kepada Muhyiddin yang turut dilabelkan netizen sebagai “Bapa Perutusan” dan mahu sebuah kerajaan stabil dibentuk dalam masa terdekat. Bagaimanapun pertimbangan wajar perlu diberikan kerana pandemik Covid19 masih berleluasa. Lihat sahaja apa yang berlaku di Sabah apabila KEGILAAN  bekas Ketua Menteri menyebabkan kluster baru covid19 wujud dan semakin memburukkan keadaan. Janganlah jadikan rakyat sebagai “Mangsa” kemaruk kuasa politik.

Bagi menunjukkan Umno sebuah parti yang menjunjung Titah Tuanku YDPA, adalah lebih baik parti itu membuat laporan polis berkaitan penyebaran surat palsu yang sedang disebarkan. Pihak berwajib perlu membawa pelaku ke muka pengadilan kerana penyebaran surat palsu berkenaan boleh mendatangkan kegusaran awam dan rakyat.

KERTAS PUTIH FELDA – AZMIN ALI BENTANG KERTAS SKRAP? (EPISOD 2)

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker