69 mangsa banjir dipindahkan di Jasin akibat limpahan air Sungai Ayer Panas

MELAKA, 17 Okt  — Seramai 69 mangsa membabitkan 19 keluarga di Jasin, dipindahkan ke sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Tehel di Jasin, berikutan limpahan air Sungai Ayer Panas.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka Lt Kol (PA) Effendy Ali berkata, kesemua mangsa iaitu 27 lelaki dan 42 perempuan, dipindahkan dari empat kampung di daerah berkenaan selepas hujan berterusan sejak semalam.

“Antara kampung yang terlibat adalah Kampung Lubuk Kasau dan Kampung Hulu Duyung di Bemban, serta Kampung Parit Lampong dan Kampung Tanjung Laboh di Tehel.



“PPS SK Tehel mula dibuka pada pukul 4.30 petang tadi berikutan paras air Sungai Ayer Panas dikatakan melimpah selepas hujan lebat berterusan sejak semalam,” katanya dalam satu kenyataan di sini, malam ini.

— BERNAMA

UMNO DIGESA BUAT LAPORAN POLIS PENYEBARAN SURAT SOKONGAN PALSU



KERTAS PUTIH FELDA – AZMIN ALI BENTANG KERTAS SKRAP? (EPISOD 2)



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button