BERCUTI & BEKERJA, ANAK-ANAK DIBAWA SEKALI – PUTERI SARAH LIYANA ‘BAWA DIRI’?

Baru-baru ini menerusi laman Instagram, pelakon Puteri Sarah Liyana ada memuat naik gambar beserta keterangan pergi bercuti dan bekerja pada 13 Oktober lalu bersama anak-anaknya.

 

“Bye KL 👋🏻 nak pegi holiday & shooting lagi 😝kalini bawa anak2 hihihi. Kiteorng balik lepas habis PKPB eh 🤪😆😆😆 Syaikhul tu sebok nk pakai kasut aunty @ena1611 dia 🤦🏻‍♀️,” tulis Puteri Sarah. 4d

Bagimanapun, tindakan Puteri Sarah itu telah mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan warganet. Ada beranggapan isteri kepada pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof itu seolah-olah mahu membawa diri dan melupakan seketika pemasalahan rumah tangga yang wujud antara mereka.

Apatah lagi, pada hari sama pengarah filem ‘Munafik’ itu membuat laporan polis ekoran mendapat mesej berbaur ugutan di Instagram. Puteri Sarah, 35, berkata, perancangan untuk pergi bercuti bersama anak-anak sudah dibuat lama.

Klik untuk gambar besar

“Perancangan asal memang nak pergi bercuti di pulau selepas habis penggambaran. Tapi, macam tak sempat. Kebetulan, saya terbabit dalam penggambaran yang dibuat di luar Kuala Lumpur.

“Saya pun cuba bertanya kepada pihak produksi jika saya boleh bawa bersama anak-anak. Alhamdulillah, mereka okay. Kiranya, sambil bekerja dapat juga saya bercuti dengan anak-anak,” katanya.

Ditanya mengenai ugutan yang diterima suaminya dan laporan polis dibuat, Puteri Sarah enggan mengulas lanjut: “Saya dimaklumkan dia nak buat laporan polis, tapi tidak mengetahui lebih lanjut kandungan mesej berbaur ugutan itu. Jadi, tidak ada apa yang saya boleh perkatakan.

“Lagi pula, perkara ini sudah menjadi kes polis. Biarlah pihak berwajib jalankan tugas mereka. Kalau betul seperti didakwa, saya berharap perkara ini akan dapat diselesaikan,” ujarnya.

Mengenai kenyataan dibuat Syamsul yang menyifatkan obses pada kerja antara salah satu punca berlakunya kemelut rumah tangga mereka, Puteri Sarah enggan menafikan perkara itu: “Mungkin betul. Sebab semua tahu dia seorang yang kuat bekerja,” katanya ringkas.

Untuk makluman, Syamsul berkahwin dengan Puteri Sarah pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 3, dan Sumayyah yang kini berusia setahun.

www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Puteri Sarah Liyana

UMNO DIGESA BUAT LAPORAN POLIS PENYEBARAN SURAT SOKONGAN PALSU

UMNO DIGESA BUAT LAPORAN POLIS PENYEBARAN SURAT SOKONGAN PALSU

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker