Skuad Kedah ke Langkawi perkuat pasukan

LANGKAWI, 17 Okt  — Kedah yang masih segar dengan kejayaan mengesahkan slot ke saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2021 Ahad lalu, memilih Langkawi untuk meraikan kejayaan tersebut, di samping menjadikannya medan memperkuatkan pasukan itu.

Ketua jurulatih Aidil Sharin Sahak berkata, beliau telah merangka program yang sesuai bagi memastikan pemain-pemain skuad tersebut kekal aktif.

“Tujuan utama kami ialah untuk memperkukuhkan kerjasama antara pasukan dengan pelbagai program, bukan hanya untuk berehat. Kami masih mempunyai program-program tertentu, bagi memastikan pemain terus aktif selain melalukan aktiviti bukan bola sepak, kerana kami tidak mempunyai pertandingan selama tiga minggu.

“Lagi pun pemain-pemain telah bekerja keras dalam tujuh permainan sebelum ini, maka apa yang perlu ketika ini ialah, pemain mendapat cukup rehat dan juga untuk memastikan pemain kembali sebagai satu pasukan. Insya-Allah kami akan memberi fokus kepada Piala Malaysia,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Kedah menempah tiket ke saingan AFC 2021 selepas meraih kemenangan dramatik 3-2 ke atas Perak, dalam perlawanan terakhir Liga Super di Stadium Perak di Ipoh, sekali gus muncul naib juara Liga Super di belakang JDT.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pelancongan, Seni dan Budaya, Usahawan dan Koperasi negeri Mohd Firdaus Ahmad menyifatkan, kehadiran pasukan Kedah ke Langkawi sebagai misi serampang dua mata, bukan sahaja sebagai lokasi latihan tetapi juga boleh mempromosi pelancongan pulau itu, yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

“Pasukan akan berada di Langkawi selama tiga hari dua malam bermula hari ini. Selain latihan ringan, mengembalikan semula kecergasan menerusi kehadiran mereka ini, kita mahu sampaikan mesej keadaan pulau ini amat baik tanpa sebarang kes aktif COVID-19,” katanya yang juga Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Kedah (KFA).

— BERNAMA

UMNO DIGESA BUAT LAPORAN POLIS PENYEBARAN SURAT SOKONGAN PALSU

UMNO DIGESA BUAT LAPORAN POLIS PENYEBARAN SURAT SOKONGAN PALSU

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker