“TAK KISAH… YANG PENTING SAYA SUDAH BUAT KERJA” – RUHAINIES JAWAB AKSI MESRA BERSAMA ZUL ARIFFIN

Hebahkan !!!

Pelakon Ruhainies telah berkongsi foto aksi mesranya bersama pelakon Zul Ariffin yang dimuat naik di laman Instagram baru-baru ini. Bagaimanapun, foto terbabit telah menimbulkan persoalan peminat adakah mereka sedang hangat bercinta.

 

Namun, tidak kurang juga yang menyifatkan video, gambar dan keterangan yang ditulis pada setiap hantaran adalah ‘over’. Ruhainies berkata, dia tidak kisah persepsi yang dilemparkan peminat selain mengakui selesa berlakon dengan Zul.

“Saya tak kisah orang nak kata cinta lokasi atau apa. Bagi saya ia adalah perkara biasa. Mana-mana penggambaran pun, orang akan buat spekulasi sama malah peminat mengharapkan hero dan heroin bersatu secara realiti.

“Saya okay saja dengan persepsi mereka. Apa yang penting saya sudah buat kerja. Diakui, berlakon dengan Zul sangat mudah. Sebelum ini saya dengar Zul seorang yang garang dan macam-macam lagi.

Klik untuk gambar besar

“Tapi, apabila mula berlakon sama, dia sebaliknya. Dia jenis ‘happy go lucky’, kelakar dan kami sekepala. Memang seronok dapat berlakon bersama. Suka berkawan dengan dia,” katanya.

Menurut Ruhainies, bekerjasama dengan pelakon, pengarah dan pasukan yang bagus adalah satu rezeki dalam bekerja. Drama ‘Wifi Sebelah Rumah’ yang bakal ditayangkan di TV3 itu adalah gandingan pertama Ruhainies dan Zul.

“Bukan saja pelakon yang ‘best’, tapi pengarah dan kru juga ‘best’. Bagi saya ini satu rezeki dalam bekerja. Tak sedar kami dah nak habis ‘shooting’,” ujarnya.

www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Ruhainies

Leave a Reply

%d bloggers like this: