Inter Milan sahkan kejuaraan Serie A

Inter Milan sahkan kejuaraan Serie A

PEMAIN Inter Milan meraikan kejayaan pasukan bergelar juara Serie A buat kali ke 20 dalam sejarah. - AFP
PEMAIN Inter Milan meraikan kejayaan pasukan bergelar juara Serie A buat kali ke 20 dalam sejarah. – AFPMILAN – Inter Milan memilih cara yang lebih istimewa untuk menoktahkan kejuaraan Serie A apabila menumpaskan musuh setempat AC Milan 2-1 di San Siro, awal pagi tadi.

Kejayaan ini memberikan makna besar buat Inter Milan dan penyerangnya, Lautaro Martinez mengakui dirinya hampir menitiskan air mata sejurus berjaya memastikan kejuaraan kali ke-20 pada aksi derbi Milan.

Martinez yang kini sedang memimpin senarai penjaring terbanyak Serie A dengan 23 gol begitu terharu kerana ini adalah julung kali dia menikmati kejuaraan sebagai ketua pasukan Inter Milan yang pastinya memberikan perasaan berbeza berbanding ketika bergelar juara pada 2021.



“Saya hampir menangis kerana kami sudah pun bekerja keras, harungi kesukaran dan kami sebenarnya berhak untuk mendapat kegembiraan ini. Saya dedikasikan kejayaan ini kepada keluarga saya di Argentina, anak-anak saya, rakan sepasukan dan semua penyokong pasukan.

Inter Milan sahkan kejuaraan Serie A
KAPTEN Inter Milan, Lautaro Martinez meraikan kejayaan pasukannya selepas tundukkan AC Milan 2-1 pada aksi awal pagi tadi. – AFP

“Saya beritahu pemain yang kami berada dalam situasi yang tidak pernah berlaku lagi. Kami perlu memanfaatkan peluang untuk mengesahkan kejuaraan di venue ini,” katanya.

Kedua-dua jaringan Inter Milan dihasilkan oleh Francesco Acerbi and Marcus Thuram manakala Fikayo Tomori menjaringkan gol tunggal AC Milan.

Saingan Serie A musim ini masih berbaki lima perlawanan lagi namun kutipan 86 mata sudah cukup untuk mengesahkan kejuaaan buat Inter Milan sekaligus mengetepikan cabaran AC Milan dan Juventus.



Inter Milan sahkan kejuaraan Serie A
PENYOKONG Inter Milan terus berpesta untuk meraikan kejayaan pasukan bergelar juara saingan Serie A musim ini. – AFP
Ketua Pegawai Eksekutif Inter Milan, Giuseppe Marotta mengesahkan pihaknya kini sedang berbincang untuk memberikan lanjutan kontrak lima tahun lagi buat Martinez.

“Tidak ada masalah untuk memberikan lanjutan kontrak kerana dia menunjukkan kesetiaan selepas memenangi trofi ketujuh bersama Inter Milan. – AGENSI

Inter Milan sahkan kejuaraan Serie A


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Janggal Bunyinya Bila Annuar Musa Bercakap Tentang Kesetiaan Kepada Raja




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading