KETIADAAN KONSERT PERTAMA GV7 – NABIL DEDAH HIDAP ANGIN PASANG (HERNIA)

Ketiadaan Nabil Ahmad pada konsert minggu pertama program realiti Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) minggu lalu membuatkan ramai yang spekulasi pelawak dan pengacara itu ada kaitan dengan kes Covid 19. Namun ia telah dinafikan oleh Nabil sendiri.

Terkini, persoalan tersebut akhirnya terjawab apabila Nabil memaklumkan dia menghidap angin pasang atau hernia sehingga tidak dapat mengacarakan program itu minggu lalu.

“Hidup ini ibarat laut. Ada masa surut ada masa pasang. Pada hari itu, pasang. Sebenarnya saya menghidap hernia,” katanya sewaktu pembukaan konsert minggu kedua GV7 sebentar tadi.

Klik untuk gambar besar

Minggu pertama GV7 menyaksikan kemunculan Datuk AC Mizal menggantikan Nabil pada saat-saat akhir. AC Mizal menggantikan Nabil kurang daripada 24 jam sebelum konsert itu bersiaran secara langsung pada jam 9 malam.

Terdahulu, GV7 tetap diteruskan penyiarannya seperti dijadualkan tetapi tanpa kehadiran penonton susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mulai 14 Oktober hingga 27 Oktober ini.

GV7 yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) mengikut syarat Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram @nabilzira

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *