Penyelesaian isu berpandukan al-Quran

SHAH ALAM – Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) akan berkolaboratif dengan Sinar Harian untuk menyiarkan bual bicara baharu, Wacana al-Quran menerusi semua platform digital media miliknya bermula jam 6 petang hari ini.

Ketua Penyiaran (TV/Radio) Bernama, Roslan Ariffin berkata, program tersebut yang disiarkan selama sejam akan mengupas pelbagai isu semasa dalam mencari penyelesaian isu berpandukan al-Quran.

β€œKami berharap program ini akan memberikan manfaat kepada penonton khususnya golongan muda yang menggunakan platform digital media milik Bernama dan Sinar Harian,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Roslan berkata, Bernama juga akan menyiarkan program Wacana al-Quran menerusi stesen Bernama TV pada masa akan datang tetapi tarikh dan masa masih belum ditentukan.



β€œBernama bersedia memberikan kerjasama kepada akhbar Sinar Harian. Kami sudah beberapa kali bekerjasama menjayakan pelbagai program bersama antaranya program World #QuranHour dan Sambutan Ulangtahun Ke-50 Rukun Negara,” kata beliau lagi.

Beliau berkata, kerjasama tersebut mampu mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara Bernama dan Sinar Harian.

Program Wacana al-Quran tersebut akan menemui penonton bermula pada jam 6 petang hari ini dengan topik menarik iaitu Impak Covid-19: Tenggelam Dalam Debu.

Siri pertama program itu akan menampilkan Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Datuk Dr Mohd Daud Bakar dan Presiden/Pengasas Mofaz Sdn Bhd, Mohamed Fauzy Abdul Hamid.



Wacana dikendalikan oleh Ketua Penyelidik Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Fazrul Ismail dan qari jemputan, Husaini Mahmur.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my

UMNO DIGESA BUAT LAPORAN POLIS PENYEBARAN SURAT SOKONGAN PALSU

 

Pengambilalihan Saham:- Adakah FGV Akan Senasib Dengan DRB HICOM?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker