Pilihan raya negeri Sarawak perlu diadakan bila tempoh tamat – KM Sarawak

KUCHING, 18 Okt — Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini berkata, Pilihan Raya Negeri perlu diadakan apabila tempoh Dewan Undangan Negeri (DUN) sedia ada tamat, Jun tahun hadapan.

Beliau berkata, ada pihak tertentu dan individu yang mencadangkan, agar Pilihan Raya Negeri tidak diadakan sewaktu pandemik COVID-19, tetapi menjelaskan yang DUN perlu dibubarkan, apabila tempoh masanya tamat untuk membolehkan pilihan raya diadakan.

“Kita perlu menyerahkan kepada rakyat (untuk mandat baru) dan kita mempunyai kerajaan yang bagus untuk menguruskan COVID-19 (ketika proses pilihan raya),” kata Abang Johari yang juga Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) ketika menutup Konvensyen Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) 2020 di sini hari ini.

Beliau berkata, Sarawak perlu terus diperintah oleh orang Sarawak dan bukannya orang atau parti politik dari luar Sarawak.



GPS merupakan satu gabungan empat parti Sawawak iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak yang dipengerusikan Abang Johari, SUPP, Parti Demokratik Progresif (PDP) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS).

Sebagai pengerusi GPS, beliau mahukan kesemua parti komponen untuk bekerjasama sebagai satu pasukan bagi memenangi Pilihan Raya Negeri ke-12, dan menambah bahawa pilihan raya yang akan datang akan membuatkan mereka lebih kuat untuk membina masa hadapan.

“Tiada negeri yang boleh berjaya jika rakyatnya berpecah dan tidak mempunyai keupayaan untuk memerintah dan membangunkan negeri, tetapi Alhamdulillah, saya mendapat kerjasama daripada kesemua parti komponen,” katanya.

Beliau berkata, selepas Sarawak memenangi kes cukai jualan petroleum daripada Petronas, Sarawak di bawah GPS akan melaksanakan hak mereka atas bahan itu di buminya, dalam usaha mempelbagaikan hasil untuk pendapatan tambahan.



Beliau berkata GPS akan sentiasa mengutamakan rakyat Sarawak dan kestabilan politik dalam usaha membawa negeri ini ke paras pembangunan lebih tinggi dan menjadikannya sebuah negeri maju pada 2030.

“Hasrat kami adalah jelas, iaitu menjadi sebuah negeri membangun di Malaysia pada 2030, tetapi untuk mencapainya, kita perlu membangunkan ekonomi, memperkuatkan kedudukan kewangan dan membangunkan bakat kita (tenaga kerja),” katanya.

— BERNAMA

UMNO DIGESA BUAT LAPORAN POLIS PENYEBARAN SURAT SOKONGAN PALSU

Pengambilalihan Saham:- Adakah FGV Akan Senasib Dengan DRB HICOM?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker