PKPB: Bicara 1MDB Najib ditangguh ke 9 Nov

KUALA LUMPUR, 19 OktΒ — Perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad membabitkan Datuk Seri Najib Tun Razak yang dijadualkan hari ini, ditangguhΒ berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib ketika dihubungi berkata perbicaraan itu akan disambung semula pada 9 hingga 12 Nov di hadapan Hakim Mahkamah TinggiΒ Collin Lawrence Sequerah.

Perbicaraan itu sebelum ini,Β ditetapkan pada hari ini hingga Khamis.

Apabila perbicaraan disambung semula, pihak pembelaan akan meneruskan menyoal balas bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Mohd Hazem Abdul Rahman.



Pada 5 Okt, mahkamah menangguhkan perbicaraan ke hari ini selepas membenarkan permohonan pasukan pembelaan untuk menunda kes berkenaanΒ kerana bekas perdana menteri itu menjalani kuarantin dua minggu selepas pulang berkempen untuk Pilihan Raya Negeri diΒ Sabah bulan lepas.

Pengambilalihan Saham:- Adakah FGV Akan Senasib Dengan DRB HICOM?

Pengambilalihan Saham:- Adakah FGV Akan Senasib Dengan DRB HICOM?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker