Sociedad ancam Real Madrid

Cornellà de Llobregat, Sepanyol: Real Sociedad merapatkan jurang dengan pasukan di tangga kedua Real Madrid kepada tiga mata selepas menang 3-2 di Espanyol dalam aksi La Liga awal pagi tadi.

Namun juara bertahan itu memiliki kelebihan apabila bermain kurang satu perlawanan dan akan menerima kunjungan Elche awal pagi Khamis manakala Real Sociedad di tangga ketiga terus mengejar selepas menang tipis ke atas Espanyol.

Jaringan Takefusa Kubo dan Alexander Sorloth membolehkan Real Sociedad mendahului di Stadium RCDE ketika skuad Imanol Alguacil bangkit selepas tiga perlawanan tanpa kemenangan dalam semua kejohanan.



Real Sociedad kini 14 mata di belakang pendahulu Barcelona yang 11 mata di depan Real Madrid susulan kemenangan 1-0 ke atas Villarreal semalam.

Espanyol pula yang beraksi tanpa penyerang Joselu di tangga ke-17, hanya satu mata di atas zon penyingkiran.

Dengan hanya empat kemenangan musim ini, skuad Diego Martinez perlu bekerja lebih keras jika tak mahu tersingkir.



AFP


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading