Konflik Nagorno-Karabakh, Azerbaijan bebaskan 13 lagi kampung

ANKARA, 19 Okt — Tentera Azerbaijan didakwa berjaya membebaskan 13 lagi kampung di daerah Jabrayil daripada pendudukan Armenia, lapor Agensi Anadolu.

“Kampung Soltanli, Emirvarli, Mashanli, Hasanli, Alikeykhanli, Gumlag, Hajili, Goyerchinveysalli, Niyazguzlar, Kechel Memmedli, Shahvelli, Haji Ismayilli dan Isagli di daerah Jabrayil sudah dibebaskan. Karabakh adalah Azerbaijan!,” tulis Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev di Twitter pada Isnin.

“Ada yang terkorban dan cedera akibat tindakan keji itu. Tentera Azerbaijan membalas dengan pantas dan membebaskan beberapa penempatan,” tambah Aliyev.

Beliau mendakwa tentera Armenia secara terang-terangan mencabuli gencatan senjata kemanusiaan yang disepakati.



Sementara itu, Armenia mendakwa Azerbaijan yang sebenarnya melanggar gencatan senjata berkenaan.

Gencatan senjata – yang kedua sejak pertempuran terbaru meletus di sekitar Nagorno-Karabakh pada 27 September – diumumkan pada Sabtu dan berkuat kuasa pada tengah malam.

Sebanyak 20 peratus wilayah Azerbaijan berada di bawah pendudukan Armenia secara haram selama hampir tiga dekad.

Pelbagai usaha dilakukan sejak 1992 tetapi menemui jalan buntu namun, pada 1994 gencatan senjata disepakati.



— BERNAMA

UMNO DIGESA BUAT LAPORAN POLIS PENYEBARAN SURAT SOKONGAN PALSU

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker