Pegawai Taiwan, China bergaduh di hotel

TAIPEI: Satu pergaduhan tercetus antara pegawai Taiwan dan China di satu majlis diplomatik di Fiji, menyebabkan kedua seteru itu saling bertikam lidah, hari ini.

Taipei menuduh dua pegawai China menyerbu sebuah majlis diadakan di hotel mewah Grand Pacific di ibu negara Fiji, Suva pada 8 Oktober lalu dan menyerang seorang pegawai kerajaan mereka.

Jurucakap Kementerian Luar Taiwan, Joanne Ou, berkata pejabat perdagangan mereka menganjurkan sebuah majlis untuk 100 tetamu kenamaan bagi meraikan Hari Kebangsaan Taiwan.

“Dua pegawai China mula mengambil gambar tetamu dan menyerang seorang petugas apabila diminta meninggalkan majlis, menyebabkan mangsa dimasukkan ke hospital akibat kecederaan.

“Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan petugas kedutaan China di Fiji itu kerana mencabuli undang-undang dan kod amalan awam,” katanya.

Kedutaan China di Fiji mengesahkan bahawa pegawai mereka berada di kawasan awam di luar lokasi majlis atas tugas yang ‘tidak dinyatakan’ pada hari kejadian.

Kedutaan China bagaimanapun mendakwa petugas Taiwan bertindak secara provokatif dan mencederakan seorang diplomat mereka.

Dalam satu kenyataan, Taipei berkata, diplomat China itu ditahan polis dan membuat laporan palsu kononnya dia diserang. – AFP

UMNO DIGESA BUAT LAPORAN POLIS PENYEBARAN SURAT SOKONGAN PALSU

UMNO DIGESA BUAT LAPORAN POLIS PENYEBARAN SURAT SOKONGAN PALSU

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker