Presiden Moon minta Malaysia sokong Korea Selatan tanding jawatan ketua WTO

SEOUL, 19 Okt — Presiden Moon Jae-in pada Isnin menghubungi  Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta Malaysia menyokong Menteri Perdagangan Korea Selatan Yoo Myung-hee yang bertanding untuk jawatan Ketua Pengarah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).

Moon berkata Yoo adalah tokoh terkemuka dalam bidang perdagangan yang mempunyai visi dan kemampuan untuk melindungi sistem perdagangan bebas dan mengembalikan kepercayaan terhadap sistem itu melalui reformasi WTO, menurut jurucakap Cheong Wa Dae (pejabat presiden)  Kang Min- seok.

Presiden itu berkata “sangat penting” memilih calon seperti itu ketika ekonomi dunia sedang menghadapi cabaran besar.



Moon juga berkata Yoo individu yang tepat untuk menyesuaikan kepentingan negara maju dan membangun serta menyelesaikan tugas menyusun semula WTO berdasarkan jaringan personelnya dan kepemimpinan politik yang telah ditunjukkannya sebagai Ketua Dasar Perdagangan Korea Selatan.

Perbualan telefon selama 20 minit dengan perdana menteri itu menandakan kemuncak sokongan diplomasi sepenuhnya untuk Yoo pada pusingan akhir pemilihan ketua WTO yang juga melibatkan bekas Menteri Kewangan Nigeria, Ngozi Okonjo-Iweala.

— BERNAMA

UMNO DIGESA BUAT LAPORAN POLIS PENYEBARAN SURAT SOKONGAN PALSU

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker