Bencana alam di Vietnam ragut 111 nyawa

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Hanoi: Banjir, tanah runtuh dan bencana alam lain yang melanda Vietnam sudah meragut 111 nyawa manakala 22 lagi masih hilang setakat semalam, lapor agensi berita Xinhua.

Jumlah terbesar korban dilaporkan di wilayah Quang Tri, Thua Thien-Hue dan Quang Nam, menurut Jawatankuasa Pemandu Kawalan dan Pencegahan Bencana Alam hari ini.

Seramai 60 mangsa maut dalam kejadian tanah runtuh serta banjir dan jumlah mangsa dijangka meningkat berikutan misi mencari dan menyelamat masih diteruskan.

 

Sehingga jam 5 petang waktu tempatan semalam, hampir 59,300 isi rumah dengan sekitar 206,800 orang di kawasan Ha Tinh, Quang Binh dan Quang Tri sudah dipindahkan.

Selain itu, sekurang-kurangnya 178,000 rumah dan hampir 7,000 hektar tanaman musnah selain lebih 700,000 haiwan ternakan maut akibat bencana alam kali ini.

Walaupun hujan semakin berkurangan hari ini, risiko banjir kilat, tanah runtuh dan banjir diramal terus mengancam beberapa kawasan di Ha Tinh, Quang Binh dan Quang Nam, menurut pihak berkuasa cuaca negara.

Wakil Perdana Menteri, Trinh Dinh Dung, mengingatkan penduduk di lokasi terjejas untuk bersiap berdepan kemungkinan ribut Saudel yang diramal melanda dalam beberapa hari lagi.

Ribut Saudel, yang turut diramal melanda Filipina, dijangka mengakibatkan banjir dan lebih banyak kes tanah runtuh, sekali gus mendorong pihak berkuasa bersiap sedia bagi bantuan pasca bencana.

Malah, kesan awal seperti hujan lebat sudah bermula semalam di Luzon, kepulauan utama di Filipina, yang menyaksikan tanah runtuh menghalang beberapa jalan utama.

Agensi cuaca Vietnam meramalkan kesan penuh ribut Saudel akan dirasai Sabtu ini, yang dijangka mengakibatkan banjir terburuk sejak beberapa tahun lalu.

Relevankah Forensik Kertas Putih Apabila Menggunakan Perkataan “Kemungkinan “ Jika Ada”

KAF SOKONG USAHA FELDA AMBIL SEMULA “LOMBONG EMAS”

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker