BILA AERIL ZAFREL MAHU BANTU ORANG SABAH YANG TERKESAN DENGAN COVID-19

“Orang Sabah terkesan dengan Covid-19, terutamanya di zon merah yang perlukan bantuan sila DM (mesej) saya sekarang. Siap-siap bagi nombor akaun sekali ya,” demikianlah tulis pelakon Aeril Zafrel, 32, menerusi laman Instagram miliknya yang mengambil inisiatif untuk membantu rakyat Sabah terutama yang tinggal di Zon Merah dan terkesan akibat peningkatan mendadak kes Covid-19 di sana.

 

Suami kepada pelakon Wawa Zainal ini membuat hantaran meminta sesiapa yang memerlukan bantuan menghubunginya menerusi ‘direct message’ (DM) berserta nombor akaun bank dan dia akan memberikan sedikit sumbangan.

Seminit selepas dia membuat hantaran itu di Instagram kira-kira jam 12 tengah hari, Aeril menerima puluhan mesej yang memohon bantuan daripadanya. Aeril ketika dihubungi berkata, itu adalah sebahagian inisiatifnya untuk mencurahkan bakti kepada masyarakat di samping berkongsi rezeki.

Klik untuk gambar besar

“Sebelum ini, saya pernah lakukan perkara sama ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Jadi, kali ini memandangkan rakyat Sabah antara yang paling terkesan dan berada dalam Zon Merah, saya nak bantu mereka,” katanya.

Menurut pelakon drama ‘Seindah Tujuh Warna Pelangi’ itu, dia juga akan mengkaji latar belakang mereka yang mahukan bantuan sebelum menyalurkan bantuan itu.

“Dalam situasi sekarang, ada orang yang benar-benar memerlukan bantuan dan ada juga yang masih berkemampuan, tapi sengaja ingin mendapatkan bantuan. Jadi, saya akan kaji dulu latar belakang mereka dan sekiranya mereka benar-benar perlu dibantu, saya akan tolong.

“Tahun ini, kita semua berjuang untuk hidup dengan pelbagai dugaan. Allah sudah berikan saya rezeki, jadi apa salahnya saya bantu mereka yang memerlukan,” tuturnya.

Hantaran itu menerima lebih 81,000 tanda suka serta lebih 2,000 komen daripada kenalan dan pengikut yang mendoakan supaya niatnya dipermudahkan.

www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro, Rotikaya, Instagram Aeril Zafrel & Wawa Zainal

KERTAS PUTIH FELDA – KENYATAAN PIHAK SPRM TIDAK LAKU?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker