CHACHA NAFI TERBABIT SINDIKET PELACURAN: “RM40,000 SATU MALAM, BUAT APA NAK BERLAKON LAGI?”

Baru-baru ini ada dakwaan mengatakan terdapat segelintir artis dan Instafamous yang dipercayai terlibat dalam sindiket pelacuran kelas atasan dek mampu tampil mewah dalam sekelip mata sahaja.

 

Menurut sumber di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), golongan ini menerima bayaran sebanyak RM20,000 hingga RM40,000 bagi satu malam untuk memuaskan nafsu orang kenamaan.



Kerana isu tersebut, pelakon Chacha Maembong telah dikaitkan antara artis yang terbabit dalam sindiket pelacuran kelas atasan tersebut. Bagaimanapun, dakwan terbabit telah dinafikan adik kepada pelakon Emma Maembong ini.

Pelakon drama ‘Bukan Gadis Biasa’ itu menegaskan dia tidak pernah terlibat dalam mana-mana kegiatan seumpamanya susulan gosip yang diperkatakan.

Klik untuk gambar besar



Jelas bintang berusia 24 tahun itu lagi, ada pihak yang mengaitkan namanya yang secara tidak langsung boleh menjejaskan kerjaya seni dan perniagaan yang dibinanya.

Chacha atau nama sebenarnya Siti Aisyah Ismail berkata, tuduhan yang dilemparkan itu adalah fitnah yang sengaja mahu menjejaskan kerjaya seni dan perniagaan dibinanya.

“Kalau betul saya dapat RM40,000 satu malam, buat apa nak berlakon lagi? Saya bekerja dari dulu sampai sekarang memang cari rezeki. Orang nak cakap apa dan fitnah macam-macam, teruskan. Satu hari akan terbukti juga.



“Semalam keluar gosip kaitkan nama saya dalam skandal RM40,000. Ramai mesej peribadi (DM) di Instagram dan komen. Kalau betul, saya tak perlu berlakon dan kerja.

“Tapi itulah, semua itu mulut orang dan kaitkan dengan perangai saya dulu. Apabila saya sudah berubah pun, orang tetap kaitkan lagi dengan perangai lama saya. Bagi saya, ia adalah lumrah mulut orang,” katanya.

Dalam masa sama, Chacha yang ditemui di lokasi penggambaran drama ‘Bidadari Salju’ terbitan A Aida Productions berkata, dia juga bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menuduh dirinya terbabit dalam aktiviti Macau Scam.

“Beberapa hari lalu saya ada keluarkan kenyataan di Instagram mengenai perkara ini sebab terlalu banyak fitnah yang dilemparkan. Konon saya tipu duit orang dengan produk saya.



“Mereka kata produk saya datang dari wang haram. Saya perlu menjelaskan perkara ini demi menjaga reputasi produk saya apatah lagi ia masih baru di pasaran. Lagi pula ini kerjasama saya dengan Alken dan tidak ada kaitan langsung dengan aktiviti haram itu.

“Saya akan ambil tindakan undang-undang pada komen yang melampau. Ia menjejaskan kerjaya, perniagaan dan nama ahli keluarga lain. Saya berani kerana saya tak salah. Jadi apa yang orang nak cakap, cakaplah,” tuturnya.

www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro, Media Hiburan & Instagram Chacha Maembong

KERTAS PUTIH FELDA – KENYATAAN PIHAK SPRM TIDAK LAKU?



KERTAS PUTIH FELDA – KENYATAAN PIHAK SPRM TIDAK LAKU?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button