Kapal kargo akan diapungkan kesan 4 kru masih hilang

Kapal kargo akan diapungkan kesan 4 kru masih hilang

Kapal kargo akan diapungkan kesan 4 kru masih hilang
Syarikat dilantik meneliti kaedah bagi mengapungkan kapal kargo MV Tung Sung yang terbalik di perairan Pulau Burung, Sebuyau. – Foto ihsan Maritim Malaysia

KUCHING : Kapal kargo MV Tung Sung yang terbalik di perairan Pulau Burung, Sebuyau, selepas dibadai ombak kuat malam Rabu minggu lalu, akan diapungkan dalam usaha mencari empat kru kapal yang masih hilang.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Md Yunus, berkata operasi pengapungan itu akan dijalankan syarikat yang dilantik, Hap Lee Shipping.

Menurutnya, ketika ini pihak syarikat terbabit dalam proses tinjauan awal bagi melaksanakan kerja-kerja mengapungkan kapal kargo sepanjang 56 meter itu.



“Operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) empat lagi kru yang masih hilang diteruskan pada hari keenam membabitkan keluasan 249. 96 batu nautika persegi dengan jumlah keseluruhan pencarian kini merangkumi kawasan seluas 1,113.92 batu nautika persegi.

“Sehingga jam 11 pagi, tiada sebarang petunjuk baru ditemui oleh pasukan penyelamat dan tinjauan awal sedang dijalankan bagi melaksanakan kerja pengapungan kapal berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kebiadaban Presiden Parti Gerakan


Menurutnya, seramai 82 pegawai dan anggota agensi penyelamat termasuk Pasukan Polis Marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta Sarawak Coast Guard dan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak terbabit dalam operasi berkenaan.

MV Tung Sung belayar dari Kuching ke Sarikei bersama lapan kru Rabu lalu.



Kapal berkenaan dipercayai terbalik dibadai ombak besar dan angin kencang kira-kira jam 11 malam.

Tiga daripada kru berusia antara 20 hingga 52 tahun ialah warga tempatan iaitu Chieng Siew Ngiek, Wong Hua Wu dan Stimba Chuit.

Empat lagi adalah warga Myanmar iaitu That Min July, Ye Lin Htet, Hla Win Tun, Tun Lin Oo manakala seorang warga Indonesia, Lido Ali Purwanto.

Seorang kru, Maxwell Billy Stimba, 26, yang juga anak kepada salah seorang kru yang masih hilang, terselamat kerana tidak menaiki kapal berkenaan ketika memulakan pelayaran dari Kuching.

Sementara itu, Zin Azman berkata, identiti empat mayat yang ditemui terapung berdekatan Pulau Burung di Sebuyau, Sabtu lalu belum dikenal pasti.

Beliau berkata, pihaknya masih menunggu laporan forensik untuk membuat pengesahan kerana pengecaman mengambil masa berikutan lima daripada lapan kru yang hilang dalam kejadian kapal kargo terbalik, malam Rabu lalu adalah warga asing.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Saravanan Akan Di Panggil SPRM

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker