Liga utama Indonesia ditangguh selama seminggu

Jakarta: Liga bola sepak utama Indonesia, Liga 1 BRI digantung selama seminggu berikutan rusuhan penyokong yang berlaku antara Arema FC dan Persebaya di Stadium Kanjuruhan, Malang.

Menurut pengumuman berkenaan, terdapat kemalangan jiwa (127 terkorban) dan kerosakan yang ketara di sekitar stadium.

Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) berkata, mereka akan memulakan siasatan dengan apa yang berlaku selepas perlawanan berkenaan.



“Kami mengumumkan keputusan itu selepas mendapat arahan daripada Pengerusi PSSI. Kami melakukan ini untuk menghormati segala yang berlaku dan sementara menunggu proses siasatan daripada PSSI,” kata Presiden Pengarah pemilik liga PT LIB, Akhmad Hadian Lukita.

Dalam perlawanan berkenaan Persebaya menumpaskan Arema 3-2.

Sementara itu, Ketua polis Indonesia di wilayah Jawa Timur berkata seramai 127 orang terkorban dan 180 lagi cedera selepas penonton merempuh masuk ke dalam padang ketika kekecohan penyokong yang berlaku selepas perlawanan berkenaan.



Penyokong kelab Arema yang tumpas dalam perlawanan itu masuk ke dalam padang dan pihak berkuasa terpaksa melepaskan gas pemedih mata sekali gus mengakibatkan lebih ramai penonton merempuh masuk dan berlakunya kes sesak nafas, kata Nico Afinta kepada wartawan.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button