Wanita ini jual Nama Nasi Lemak JANDA jadi Hangat buat Netizen. Pemilik Gerai jawab balik PADU…

Hebahkan !!!

Zaman sekarang nak berniaga harus pandai marketing terutama nama perniagaan tersebut. Nak berniaga nama produk/perniagaan harus lah ada ciri ciri ‘unik’.

Sekarang jika anda lihat kebanyakkan produk pasti akan meletakkan perkataan VIRAL di dalam produk mereka. Walaupun produk itu baru sahaja keluar sehari di pasaran tetapi nama VIRAL diletakkan. Kenapa?

Ianya kerana nama memainkan peranan amat penting dalam sesuatu perniagaan.

Baru baru ini tular di media sosial tentang sebuah gerai Nasi Lemak. Yang uniknya adalah nama gerai tersebut dan tagline gerai itu.

Nasi Lemak Janda – Lain Janda Lain Rasa

Menarik bukan nama gerai ini, admin pun tertarik huhu! Sudah semestinya nama Janda ini pasti akan buat ramai lelaki tertanya tanya, janda mana ni?

Pemilik gerai Nasi Lemak Janda yang bernama Fara Ain memberitahu dia terima banyak kecaman kerana nama dan tagline untuk gerai nasi lemak beliau.

Beliau tampil muat naik 1 status tentang kecaman yang dia terima.

“Kalau nak bagi komen yang buruk² sis okey je…Kalau hati tu hitam Kotor.. semua tu selalunya berfikiran pun Kotor je jadinya… Cuba niat tu baik Dan prasangka baik,jadinya baik la kan… Tq atas Viral² ini semua… Semoga Tuhan memaafkan kepada orang² yang prasangka buruk tu… Saya maaf kan. Terima kasih”

Beliau juga ada menyelitkan sepotong ayat dari dalam hadith tentang janda haruslah dibantu.

 

“Ada yang boleh Terima Dan Ada yang Tak Boleh Terima.. Meh sini sis nak share…Tak apa… Sis okey je.. Apa² pun Terima kasih atas Nasihat you All… Moga Murah Rezeki buat Kalian semua.. Amin”

Jadi macam mana? Adakah abang abang akan pergi mencari nasi lemak janda selepas membaca artikel ini. huhu!

Meh admin belanja alamat ..

MONDAY: CLOSED/ ISNIN : CUTI-  Location Tepi Masjid Al-Mubarakah. Taman Bukit Cheras.  WAKTU: 6:00 pagi to 10:00 pagi

Kredit: AwatttSyeikhh Network

Leave a Reply

%d bloggers like this: