“AMBE TEGUR SECARA TERBUKA AGAR MASYARAKAT TAHU HUKUM…” – PU SYED RESPON BAJU PELAKON ADA SIMBOL HINDU

“Mohon pihak @tv3malaysia perhalusi pakaian yg dipakai oleh pelakon-pelakon dlm drama yg ditayangkan di dalam siaran tv kalian ya. Ambe dpt satu wassup yg meminta ambe respond isu memakai pakaian yg ada lambang agama lain.

 

“Terkini dlm sebuah drama bertajuk “Namaku Bedah” yg disiarkan di TV3, Terdapat simbol agama hindu pada pakaian seorang artis kemungkinan besar tersilap dalam memilih pakaian utk digayakan dlm wataknya itu. Kesan dari sudut akidah juga boleh tercetus apabila seseorang memakai sesuatu lambang atau tanda agama lain dgn sengaja.

“Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1 – 3 Februari 2008 telah membincangkan Hukum Menggunakan Barangan Yang Mempunyai Lambang Agama Lain

“Muzakarah telah memutuskan bahawa orang Islam adalah DILARANG menggunakan barangan yang mempunyai lambang agama lain seperti salib sekiranya lambang-lambang tersebut dinyatakan secara zahir dan jelas.

Klik untuk gambar besar

“Mohon ditekuni teguran ini agar tidak berulang kembali terutamanya pihak produksi drama atau filem. Ambe menegur secara terbuka ini agar masyarakat awam mengetahui hukum memakai sesuatu tanda agama lain adalah HARAM dan tidak dibenarkan. Syed Bakri Al-Yahya. #BiarTahuJanganDokTahu,” demikianlah tulis Pencetus Ummah (PU), Syed Bakri Al-Yahya.

Beliau yang lebih mesra disapa sebagai PU Syed itu memberi respon mengenai pakaian seorang pelakon lelaki di dalam sebuah drama menerusi laman sosial Facebook (FB) dan Instagram (IG) miliknya.

PU Syed turut memohon stesyen televisyen lebih sensitif mengenai pemakaian pelakon dalam drama-drama yang ditayangkan. Menerusi foto yang dimuat naik PU Syed, pelakon lelaki tersebut memakai kemeja berwarna jingga yang terdapat lambang agama lain di bahagian leher.

PU Syed berkata, beliau terpanggil untuk membuat teguran secara terbuka selepas menerima kiriman Whatsapp yang meminta pandangannya berkenaan perkara tersebut.

Tambah PU Syed lagi kesan dari sudut akidah juga boleh tercetus apabila seseorang memakai sesuatu lambang atau tanda agama lain dengan sengaja.

Di ruangan komen, rata-rata pengikut memberitahu lambang tertera pada pakaian pelakon tersebut adalah perkataan Om yang merupakan suku kata suci dan keramat dalam agama-agama dari India, iaitu agama Hindu, Buddha, dan Jaina.

www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram PU Syed

Relevankah Forensik Kertas Putih Apabila Menggunakan Perkataan “Kemungkinan “ Jika Ada”

Relevankah Forensik Kertas Putih Apabila Menggunakan Perkataan “Kemungkinan “ Jika Ada”

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker