ELIZAD JALANI PROSES PENGAMBILAN TELUR: “KURNIAKANLAH KEPADAKU ZURIAT YANG BAIK”

“Pagi ini, ‘egg pick up’ (pengambilan telur) bersama Dr Azlin dan pasukan Sophea Fertility. Bukan main gemuruh dengan rasa lapar. Harap-harap, telur yang keluar (diambil) semua yang baik-baik dan cantik-cantik. Moga dipermudahkan.

 

“Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya, Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan,” demikian tulis pelakon Siti Elizad yang memaklumkan dirinya menjalani proses pengambilan telur untuk rawatan (IVF).

Lima tahun menantikan cahaya mata, Elizad juga mendoakan semoga dikurniakan zuriat serta keturunan yang baik. Berkongsikan rasa gemuruh, Elizad berharap supaya hasilnya adalah yang terbaik.

Klik untuk gambar besar

Sekian lama merancang untuk melakukan rawatan kesuburan In vitro fertilisation (IVF) setelah beberapa kali tertangguh kerana urusan kerja akhirnya Elizad menjalani suntikan pertama untuk rawatan tersebut beberapa minggu lalu.

Terdahulu, Elizad mendedahkan dia mengambil keputusan untuk melalui proses IVF selepas 5 tahun mencuba mendapatkan zuriat. Elizad dan suami, Shamsul Baharin Rahman sudah mendirikan rumah tangga pada 2015.

www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya & Instagram Siti Elizad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *