PAS Mulakan Serangan Pertama Untuk Tebuk Atap Di Perak

PAS Mulakan Serangan Pertama Untuk Tebuk Atap Di Perak

PAS Mulakan Serangan Pertama Untuk Tebuk Atap Di Perak

Sebagai memenuhi serakah nafsu pemimpin PAS terhadap kuasa, serangan atau lebih tepat fitnah pertama PAS terhadap Kerajaan Perak dilancarkan.

Dalam Muktamar PAS ke 69, Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim, mendakwa kononnya kerajaan Perak bawah pimpinan Saarani Mohamad mengingkari arahan larangan eksport REE.

Tuan Ibrahim juga menggesa kerajaan agar memastikan dasar larangan eksport NR-REE dipatuhi.



Tuduhan Tuan Ibrahim disangkal oleh Saarani dengan menyifatkan tuduhan Tuan Ibrahim sebagai melulu dan dangkal.

Saarani menjelaskan, kerajaan Perak sudah menemui Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim untuk meminta agar Perak diberikan moratorium dalam penjualan NR-REE.

“Kita minta diberikan pengecualian untuk mengeksport serta menjual NR-REE hingga NRECC ada keputusan dan peraturan berkait NR-REE di seluruh negara”.

“Walaupun negeri lain turut mempunyai NR-REE”.



“Tetapi Perak adalah pemulanya, jadi beliau tidak perlu runsing tentang perkara ini”.

“Kita akan terus mencari gali hingga ada peraturan yang tidak membenarkan kita menjual”.

“Malah kita telah membuat unjuran hingga penghujung tahun ini dengan Perak dijangka menjana hasil royalti sekitar RM21 juta”.

“Beliau perlu tahu bahawa projek perintis NR-REE di Mukim Kenering, Hulu Perak ini bermula setelah memperoleh kelulusan dari segi perundangan daripada agensi teknikal”.



“Selain kebenaran beroperasi daripada pihak berkuasa negeri, dan Perak negeri pertama yang mengusahakannya”.

“Sebagai projek rintis kita kalau mahu tahu nilai pasaran NR-REE, terpaksa kena eksport”.

“Kerana negara kita tidak mempunyai kilang untuk untuk proses”.

“Ia dilakukan sebelum larangan eksport dikeluarkan September lepas, sedangkan kita sudah jual sejak Januari lagi,” jelas Saarani.



Mudah untuk difahami, tujuan serangan tersebut adalah untuk menanamkan naratif kerajaan Perak telah melanggar arahan kerajaan pusat.

Dan kerana kedua-dua kerajaan adalah sama, maka pengecualian telah diberikan kepada kerajaan Perak.

Sangat memualkan apabila pemimpin kedua tertinggi PAS melakukan serangan tanpa membuat kajian yang terperinci.

Tetapi mungkin kerana ketandusan isu, maka fakta yang benar pun cuba diputarbelitkan.



PAS Mulakan Serangan Pertama Untuk Tebuk Atap Di Perak

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading