VIDEO TAK SENONOH MIRIP ‘JEKFER’ TERSEBAR – PELAKU DIKENAL PASTI, PIHAK PENGURUSAN BAKAL AMBIL TINDAKAN

Perasankah anda setiap kali kalau seseorang artis itu semakin mencipta nama dan popular, pastinya akan ada isu yang hangat timbul dan ia mungkin akan menjatuhkan seseorang artis itu.

Jika sebelum ini ramai artis yang terkenal pernah menjadi mangsa penyebaran video lucah, kini giliran pelakon yang popular dengan watak ‘Jekfer’ menerusi drama ‘Kampung People’ iaitu Hun Haqeem pula turut terpalit.

Hun yang menjadi mangsa terbaru penyebaran video lucah mirip dirinya di media sosial itu telah menggemparkan peminat dan pengikutnya baru-baru ini apabila tular satu video lucah mirip dirinya, disebarkan di laman sosial sebuah akaun porno di Twitter.

Video berdurasi 42 saat itu, disebarkan oleh seorang pemilik akaun tidak bertanggungjawab yang memaparkan seorang lelaki mirip Hun, berada dalam keadaan tidak berbaju sambil sedang merakam dirinya dan melakukan sesuatu yang kurang sopan.



Pada saat ke-10 video berkenaan, lelaki itu sempat meninggalkan ciuman ‘nakal’ ke arah lensa kamera. Sebelum penyebaran video terbabit, turut tular beberapa keping gambar tangkap layar yang didakwa mirip pelakon terbabit.

Klik untuk gambar besar

Ada pihak yang beranggapan pelakon kacukan Melayu-Cina itu menjadi mangsa ‘super-imposed’ dan ada yang beranggapan, ada individu yang dengki dengannya disebabkan nama pelakon itu semakin meningkat naik.



Bagaimanapun, ada juga yang berpendapat Hun menjadi mangsa teknik ‘deepfake’ iaitu mencari visual lain bagi menggantikan wajah yang dipaparkan dalam video.

Meninjau ke ruangan laman sosial pelakon itu, Hun hanya memuat naik update mengenai drama lakonan terbarunya dan setakat ini tidak memberi apa-apa kenyataan online.

Sehingga kini tidak dapat dipastikan kesahihan sama ada lelaki dalam video berkenaan adalah Hun atau pelanduk dua serupa. Kita nantikan sahaja penjelasan lanjut daripada tuan badan sendiri berhubung kontroversi berkenaan. Apa pun sama-sama kita nantikan.



Selain ‘Kampung People’, populariti Hun naik mendadak apabila dia kini membintangi muzik video single terbaharu Datuk Seri Siti Nurhaliza berjudul ‘Siapa Tak Mahu’ di samping pelakon popular, Mira Filzah.

Sementara itu, pihak pengurusan Hun bertegas akan mengambil tindakan terhadap penyebar. Pengarah Urusan Metrowealth International Group (MIG) David Teo, selaku pihak pengurusan Hun Haqeem memberitahu, penyebar video lucah juga sudah dikenal pasti.

Menurut David, pihaknya memandang serius perkara ini dan memberi amaran kepada individu terlibat memadam video tersebut atau bakal berdepan tindakan undang-undang.

“Hari ini saya terpanggil untuk membuat penjelasan mengenai Hun Haqeem, artis di bawah pengurusan Metrowealth. Banyak artikel, video dan foto telah disebarkan di platform media sosial seperti Twitter, Youtube dan lain-lain. Dengan ini saya telah berunding dengan pihak peguam kami, bahawa kita telah mengenal pasti penyebar video dan berita palsu.



“Saya tidak teragak-agak akan mengambil tindakan yang sewajarnya kepada semua yang terlibat, semua bukti juga sudah direcord. Saya harap sesiapa yang telah menyebar video, foto dan artikel, sila turunkan atau padam sebelum tindakan undang-undang diambil,” katanya menerusi laman Youtube rasmi MIG.

Dalam pada itu David sempat berpesan supaya menggunakan kebijaksaan yang dianugerahkan dan tidak menyebar fitnah.

“Hari ini sangat cerah,
Duduk di rumah tiada arah,
Kebijaksanaan adalah anugerah,
Jangan sekali-kali menyebar fitnah!”



www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Hot FM Astro Gempak, Harian Metro & Instagram Hun Haqeem

KAF SOKONG USAHA FELDA AMBIL SEMULA “LOMBONG EMAS”



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button