Kegagalan Fungsi KDN, Malaysia Umpama Keamanan Jiwa Yang Terluka

Hebahkan !!!

Seorang bangsa asing pernah berkat “Kamu di Malaysia sepatutnya setiap pagi sebaik saja bangun dari tidur, terus saja mengucap alhamdulillah (tahmid) seratus kali, kerana matahari di langit kamu masih ada.

Kamu di bumi ini boleh menunaikan ibadat rukun Islam dengan sempurna. Kamu bebas bekerja tanpa ada gangguan. Kamu boleh hidup baik dengan anak isteri. Dan kamu boleh lakukan segala-galanya.”

Ianya tidak seperti kami, saban hari bunyi daripada letupan bom hanya kedengaran ditelinga kami- Hal ini terjadi apabila sekumpulan radikal yang mengoyahkan keamanan atas senario politik dengan menyatakan bahawa keadilan telah dicemar didalam negara kami-

Sekarang kami terpaksa menanggung kesengsaraan – ini lah yang mereka mahukan. Dimanakah keadilan yang mereka laungkan dahulu? dimanakah pemimpin mereka dahulu- semuanya lenyap meninggalkan kami kesengsaraan.

Ini lah bentuk penilaian bangsa asing didalam negara ini, malahan banyak lagi yang mahu berada didalam negara ini- Tetapi warganegara sendiri yang tidak pernah bersyukur dalam apa juga nikmat dan rahmat yang telah, sedang dikecapi oleh mereka.

Mereka tidak pernah bersyukur, mereka tidak pernah  menadah tangan mohon dilimpahkan kerahmatan keamanan ini agar ianya berterusan, malahan ada diantaranya yang hidup dengan kesenangan masih lagi tidak mencukupi dan meyalahkan pihak pemerintah.

Jika kita lihat kejadian-kejadian yang telah berlaku di Malaysia ini sekarang, kejadian yang melibatkan perlangaran kedaulatan negara , perlembagaan  dan penghinaan terhadap agama  boleh dikatakan dilakukan dengan sewenangnya tanpa sedikit pun rasa tanggungjawab diatas perbuatan tersebut.

Perlanggaran tersebut sedikit sebanyak telah memberikan impak yang agak besar dan menguris hati dan perasaan sesetengah pihak. Setengah pihak mereka menguji ketegasan pihak pengamal undang undang melalui ketegasan menjaga kedaulatan negara dalam apa cara sekali pun.

Sekali cuba melakukannya, tidak tindakan diambil, Ini bermakna mereka akan lakukan berkali kali dan beranggapan pihak pengamal undang undang hanya sebagai boneka sahaja. Berikutan tiada tindakan mereka bebas melakukan apa sahaja  yang berkaitan perlanggaran kedaulatan.

Pelbagai desakan telah dibuat kepada Kementerian Dalam Negeri untuk mengambil tindakan tegas terhadap isu isu yang melibatkan isu isu sensitif ini. Namun apa kan daya- sebagai rakyat yang cukup sensitif ingin bertanya kepada Kementerian Dalam Negeri-

Apakah tiada peruntukkan didalam Perlembagaan atau  undang undang negara ini untuk digunakan kepada mereka yang membuat penyebaran maklumat palsu, pengkhianatan pada bendera , isu agama dan lain lain lagi.

Teras kestabilan dalam sesebuah negara ialang bagaimana ketegasan bahagian Keselamatan  bertindak didalam apa juga isu yang melibatakan ketenteraman , Ketegasan ini diperlukan untuk menjamin keamanan dan ianya memberikan keyakinan terhadap pelaburan asing masuk untuk menyalurkan pendapatan bagi negara.

Jika kita lihat bagi sesetengah negara  dalam soal keselamatan mereka tiada kompromi- ketegasan terserlah,Ini menunjukkan  kepimpinan yang berada didalam tampok organisasi tersebut memahami tugasan yang dipertanggung jawabkan.

Tetapi alangkah sedihnya di Malaysia , kerajaan meletakkan seorang yang cukup lemah daripada tindakan, lemah daripada perancangan dan dalam ertikata lain lemah dalam segalannya. Rata rata rakyat Malaysia menunggu ketegasan yang diamanahkan untuk menjaga kedaulatan negara ini. Tapi masih lagi  tiada.

Sememamngnya telah menjadi salah satu sikap Melayu , sentiasa memendam  dan menerima apa juga keputusan walaupun didalam hati mereka terguris luka akibat tindakan kerajaan . Tetapi jika perkara ni acap kali dilakukan kepada  mereka , suatu ketika nanti kita akan melihat ledakan-ledakan kemarahan yang akan  menengelamkan erti sebenar kesabaran.

Jesteru itu adalah dinasihatkan kepada pihak kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri agar lebih bertindak secara profesioanl dalam menangani isu isu yang sensitif terutama yang melibatkan kedaulatan negara , agama dan bangsa.

KDN emestinya memikirkan isu berkaitan Agama, bangsa dan Negara dan penyalahgunaan kuasa yang berlaku doikalangan orang politik itu perkara paling penting  dari politik. Melebihi politik akan meyebabkan kerosakan minda rakyat dan menyimpan perasaan dendam yang tidak boleh dilepaskan.

Jadilah pengamal undang-undang untuk rakyat dan bukan untuk orang politik dan  sahabat handai. Jadikan undang-undang untuk semua dan bukan hanya untuk rakyat. Jangan hanya kerana namanya rakyat, undang-undang dilaksanakan dengan  telus.

Tindakan seumpama ini adalah wajar dan selaras dengan kaedah syariah: `Mengelak dan menghindarkan daripada kemusnahan itu (dar-ul-mafasid) hendaklah diberi keutamaan daripada menarik kemuslahatan (jalbul-masoleh). Apabila berhadapan dengan dua kecelakaan (ad-dharar) maka hindarkan dahulu kecelakaan atau kemudaratan yang lebih besar.”

Leave a Reply

%d bloggers like this: