Banjir di Kemboja ragut 36 nyawa

PHNOM PENH, 23 Okt — Perdana Menteri Kemboja Hun Sen pada Khamis mengesahkan banjir buruk yang melanda negara ini sudah meragut 36 nyawa, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

Beliau berkata di wilayah Banteay Meanchey yang paling teruk terjejas 19 kematian dilaporkan.

Semasa melawat wilayah terjejas itu, beliau mengumumkan kerajaan akan memberikan bantuan 10 juta riel (US$2,500) untuk setiap keluarga mangsa yang terkorban.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Kemboja, sejak awal Oktober, hujan lebat dan ribut tropika menyebabkan banjir di 19 dari 25 wilayah dan bandar, menjejaskan 312,224 penduduk,   menenggelamkan 73,720 rumah serta lebih 293,000 hektar sawah padi dan tanaman lain.

— BERNAMA

KERTAS PUTIH FELDA – LAPORAN FORENSIK MENGELIRUKAN (EPISOD 3.25)

KERTAS PUTIH FELDA – LAPORAN FORENSIK MENGELIRUKAN (EPISOD 3.25)

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker