FARAH NABILAH SELAMAT BERSALIN ANAK SULUNG, LELAKI

Assalamualaikum semua 🤗. Syukur Alhamdulillah Fawaa telah selamat melahirkan my first baby boy yang sihat pada pagi tadi, 22 October 2020, 5 Rabiulawal 1442. Fawaa akan share nama and his face bila tiba masanya ya 😘.

 

 



“Terima Kasih atas doa yang dititip untuk kami bertiga selama ini. May Allah bless everyone with happiness especially dalam keadaan macam ni. Be safe semua.🌹,” demkianlah tulis pelakon Farah Nabilah Saipuddin, 28, yang telah selamat bersalin pada pagi semalam di sebuah pusat perubatan di Ampang, Selangor.

Pelakon drama ‘Titian Cinta’ ini berkongsi berita gembira tersebut menerusi laman Instagram miliknya. Dalam entri tersebut, Farah memuat naik video tangisan bayinya.

Farah memaklumkan dia dan suaminya, Mohamed Amirul Yunus, 29, selamat menimang cahaya mata sulung yang merupakan bayi lelaki. Selain itu, Farah turut memberitahu anaknya itu berada dalam keadaan sihat dan akan berkongsikan nama dan wajah bayinya itu apabila sampai masanya nanti.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Farah sempat mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang mendoakan proses kelahiran cahaya mata pertamanya dan kesejahteraan mereka sekeluarga.

Ruangan komen di Instagramn Farah turut dihujani ucapan tahniah daripada peminat dan rakan-rakan artis. Antaranya, Mira Filzah, Scha Elinnea, Syanie, Tasha Shilla, Jay Nazif, Diana Rafar, Adeline Tsen, Sherry Ibrahim, Jasmine Suraya dan ramai lagi.

Untuk makluman, Farah mendirikan rumah tangga Mohamed Amirul yang merupakan seorang juruterbang 20 Disember 2019 selepas tujuh tahun menjalin hubungan cinta.



‘ABAH’ AKAN TUMBANG KETIKA PEMBENTANGAN BAJET 2021?

‘ABAH’ AKAN TUMBANG KETIKA PEMBENTANGAN BAJET 2021?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button