Hishammuddin dilantik Bendahari Agung BN – Pengerusi BN

Hebahkan !!!
– Ahli Parlimen Sembrong Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

KUALA LUMPUR, 23 Okt — Ahli Parlimen Sembrong Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini dilantik sebagai Bendahari Agung Barisan Nasional (BN), menggantikan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, rombakan kecil itu dilakukan setelah mengambil kira beberapa aspek untuk memperkukuhkan struktur organisasi parti, setelah berunding dengan presiden-presiden dalam parti komponen itu.

“Bagaimanapun Datuk Seri Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor masih kekal dan terus menjalankan tugas selaku Bendahari UMNO,” katanya dalam kenyataan kepada media hari ini.

Ahmad Zahid turut mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Hishammuddin di atas pelantikan itu dan berharap agar beliau dapat menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaiknya.

Pada masa yang sama Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO turut merakamkan penghargaan kepada Tengku Adnan, atas segala jasa dan peranan beliau selaku Bendahari Agung BN sebelum ini.

— BERNAMA

Leave a Reply

%d bloggers like this: