ISU SAM MUAT NAIK FOTO ISTERI SEOLAH PEGANG PAYUDARA – SYATILLA RASA TAK SALAH

“Mulut netizen memang saya tidak boleh tutup. Apa yang suami atau diri saya sendiri kongsi di media sosial, ada sahaja yang tidak kena di mata mereka.

“Saya tidak rasa foto (pegang payudara) itu salah. Netizen ingin kritik, silakan. Saya rasa perkongsian foto itu satu perkara yang biasa. Mereka ingin hentam, saya buat tidak tahu sahaja,” demikian kata pelakon Syatilla Melvin.

Baru-baru ini perkongsian pelakon Shaheizy Sam yang memuat naik foto bersama isterinya, mengundang kecaman ramai apabila ramai yang kurang senang dengan aksi Syatilla seolah-olah sedang memegang payudara.

Ketika ditanya berhubung perkara ini, Syatilla merasakan bukan satu kesalahan untuk suaminya berkongsikan gambar tersebut dan berkata terpulang kepada setiap individu itu untuk menghakimi foto berkenaan.



Klik untuk gambar besar

Dalam pada itu, Syatilla meluahkan rasa syukur dia baru melakukan menjalani pembedahan membuang tonsil di sebuah hospital swasta pada Rabu lalu selepas dua tahun menderita tonsil bengkak.

“Sudah dua tahun saya menderita tonsil bengkak. Asyik demam sahaja dan saya nekad buat pembedahan apabila muncul bau-bau yang kurang menyenangkan datang dari mulut dan bahagian tekak.

“Alhamdulillah, saya lega dan bengkak pun sudah tiada sangat. Tidak boleh bercakap banyak sangat dan doktor menyarankan saya untuk berehat,” tuturnya.



‘ABAH’ AKAN TUMBANG KETIKA PEMBENTANGAN BAJET 2021?

‘ABAH’ AKAN TUMBANG KETIKA PEMBENTANGAN BAJET 2021?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button