MASIH DIANGGAP HIDUP MEWAH HASIL HARAM – FARA MENDOZA TEGAS DUIT HALAL, HASIL TITIK PELUHNYA

“Masih sampai sekarang semua tuduh Fara makan duit haram. Saya nak tegaskan di sini dari dulu sampai sekarang semua itu adalah hasil titik peluh saya sendiri.

 

“Usaha bersengkang mata dengan keja yang halal dan paling penting bukan wanita belaan or wanita jagaan or buat call girl Awas eh, tak pernah,” ujar pelakon kontroversi yang kini bergelar selebiriti media sosial, Fara Mendoza yang hairan apabila hingga kini orang masih menganggap dia hidup mewah disebabkan kegiatan haram.

Fara sebaliknya menjelaskan setiap kemewahan yang ditonjolkan di Instagram itu semuanya daripada hasil keringat dan titik peluhnya sendiri. Jelas Fara lagi, dia juga bukan sejenis yang mudah dekat dengan seorang lelaki biarpun sering berpakaian seksi.

Klik untuk gambar besar

“Walaupun berimej seksi, saya memang jenis susah didekati lelaki. Ada nampak saya berpoya dengan lelaki? Bertukar-tukar lelaki atau parti dengan lelaki? Tak ada,” katanya.

Untuk rekod, Fara sebelum ini turut terpalit dengan isu berkaitan aktiviti pelacuran kelas atasan, VVIP. Isu tersebut mula timbul apabila sebuah akhbar tempatan mendedahkan terdapatnya sindiket pelacuran dalam kalangan selebriti yang mampu meraih pendapatan lumayan.

Pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut mendapati kegiatan tersebut merupakan sebahagian daripada hasil siasatan susulan aktiviti Macau Scam yang juga mengaitkan beberapa artis lain. Antara yang menjadi mangsa tuduhan tersebut termasuklah Scha Elinnea.

‘ABAH’ AKAN TUMBANG KETIKA PEMBENTANGAN BAJET 2021?

‘ABAH’ AKAN TUMBANG KETIKA PEMBENTANGAN BAJET 2021?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker