Najib: Setiap langkah perlu ambil kira kepentingan rakyat
Najib Razak mengingatkan kerajaan bahawa setiap langkah yang dibuat perlu mengambil kira kepentingan rakyat.
Jelasnya, rakyat semakin tersepit dengan keadaan yang tidak menentu dan tidak stabil.
“Rakyat makin tersepit, peniaga makin terhimpit. Kehidupan amat perit bagi ramai. Keadaan amat tidak menentu, tidak stabil, tidak berada di landasan yang diinginkan.
“Setiap langkah yang dibuat perlu ambil kira kepentingan rakyat. Setiap keputusan yang dibuat perlu ada aspek kebajikan rakyat juga.
“Dahulukan kebajikan dan beri jaminan kelangsungan hidup. Keselamatan dan kesihatan penting tetapi jangan abaikan keperluan rakyat, utamakannya,” tulis Najib dalam satu hantaran di Facebooknya, malam ini.
Kenyataan Najib itu dipercayai merujuk kepada situasi semasa politik negara ketika ini.
Terdahulu jemaah menteri pada mesyuarat khas Kabinet yang dipengerusi Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini dilaporkan bersetuju untuk mengisytiharkan “darurat” atas dasar menangani penularan Covid-19.
Langkah itu diambil susulan ketidaktentuan berterusan dalam negara dan ketika Muhyiddin berdepan desakan agar berundur sebagai perdana menteri.
Sementara itu Najib berkata, selama hampir 10 tahun dia telah mengingatkan kerajaan supaya mendahulukan rakyat dalam apa juga perkara.
Katanya, dia kini hanya mampu bersuara melalui media sosial untuk memberi pandangan.
“Saya hanya mampu bersuara guna FB (Facebook). Saya akan terus berdoa untuk semua.
“Di mana boleh, saya akan terus berikan pandangan. Saya mahu suara rakyat didengari dan dihormati,” tulis Najib lagi. Mk
KERTAS PUTIH FELDA – LAPORAN FORENSIK MENGELIRUKAN (EPISOD 3.25)
KERTAS PUTIH FELDA – LAPORAN FORENSIK MENGELIRUKAN (EPISOD 3.25)