Pasca-Brexit: Britain meterai perjanjian perdagangan dengan Jepun

Menteri Luar Jepun Toshimitsu Motegi dan Setiausaha Perdagangan Antarabangsa Britain Liz Truss

TOKYO, 23 Okt — Britain hari ini menandatangani perjanjian perdagangan dengan Jepun, dilihat sebagai kesepakatan pasca-Brexit yang pertama memandangkan rundingan mengenai perkongsian dengan Kesatuan Eropah masih berjalan.

AFP melaporkan perjanjian itu, yang dicapai selepas beberapa bulan perbincangan, akan meningkatkan perniagaan antara kedua-dua pihak bernilai £15.2 bilion (US$19.5 bilion). Kesepakatan itu juga dilihat sebagai bukti United Kingdom (UK) bakal dapat memeterai perjanjian serupa dengan negara-negara lain.

Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif UK-Jepun merangkumi sektor termasuk makanan, tekstil dan teknologi.

Sementara itu, agensi berita Kyodo melaporkan Menteri Luar Jepun Toshimitsu Motegi dan Setiausaha Perdagangan Antarabangsa Britain Liz Truss memeterai perjanjian berkenaan di sini.

Kedua-dua pihak menyifatkan perjanjian itu sebagai “mercu tanda” untuk mempromosikan perdagangan bebas dan memperkukuh hubungan dua hala.

London pula menggambarkan kesepakatan itu sebagai langkah untuk bergabung dalam Perkongsian Trans-Pasifik, kumpulan dianggotai 11 negara Pasifik.

UK juga sedang berbincang dengan Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand ketika ini.

— NNN-AGENSI

 

‘ABAH’ AKAN TUMBANG KETIKA PEMBENTANGAN BAJET 2021?

‘ABAH’ AKAN TUMBANG KETIKA PEMBENTANGAN BAJET 2021?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker