Mahkamah khilaf bila peguam tarik diri kes Najib?

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Khilaf berlaku dalam isu peguam tarik diri kes Najib?

Semalam, pendengaran Semakan Kehakiman kes SRC International Bhd melibatkan Najib Razak banyak membuat kejutan.

Sesi pagi semalam, bantahan dikemukakan oleh pasukan Peguam Najib berkenaan komposisi Hakim yang mendengar Semakan Kehakiman.

Bagaimanapun, bantahan pihak Peguam agar Hakim menarik diri dari mendengar Semakan Kehakiman ditolak.



Khilaf berlaku dalam isu peguam tarik diri kes Najib?

Tarikh baru bagi Semakan Kehakiman kes SRC International ditangguh dan bersambung ke 20,21 dan 22 Februari 2023.

Dalam hujah pihak Peguam, mereka mempersoalkan tindakan Ketua Hakim, Yang Amat Arif TunTengku Maimun yang menolak tindakan Peguam Najib yang menarik diri dari membela Najib dalam kes berkaitan.

Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat menolak permohonan peguam Hisyam Teh Poh Teik untuk menarik diri daripada mewakili bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Hisyam bagaimanapun menyatakan beliau tidak dapat membuat sebarang hujahan dan bergantung kepada hujahan yang telah dikemukakan oleh peguam terdahulu di Mahkamah Rayuan. – Utusan Malaysia – 18/8/2022

Tindakan tersebut menyebabkan pasukan Peguam Bela tidak dapat bersedia untuk meneruskan pembelaan dan ini telah menyebabkan hukuman terhadap Najib diteruskan tanpa sebarang kelewatan.

Namun demikian, carian menerusi sesawang eArahan – Arahan Amalan / Pekeliling / Surat Penting menemukan kejutan.



Bilangan 832 (Registrar’s Circular No. 6 Of 1960 Withdrawal Of Counsel) mendapati mahkamah “tidak mempunyai kuasa untuk memaksa seorang peguam meneruskan kes jika dia tidak mahu.” Ini bermakna mahkamah TIDAK BOLEH MENGHALANG PEGUAM DARI MENARIK DIRI DALAM SESUATU KES YANG DIWAKILINYA! 

“His Lordship has directed me to inform you that the correct reply in such cases is that there is no question of any leave of the Court being necessary, It is purely a private matter between counsel and his client. The Court has no power to compel a counsel to continue with a case if he does not wish to do so,” – Bil 832 Arahan Amalan / Pekeliling / Surat Penting

Apa yang ditemukan ialah, status arahan tersebut masih berkuatkuasa sehingga sekarang. Ini bertentangan dengan apa yang diarahkan dalam kes rayuan Najib Razak.

Khilaf berlaku dalam isu peguam tarik diri kes Najib?

Adakah ini bermaksud berlaku khilaf oleh Mahkamah dalam kes rayuan Najib Razak? Jika khilaf benar berlaku, apa implikasinya terhadap Institusi Kehakiman itu sendiri?

Adakah membawa maksud Mahkamah telah melanggar arahan Mahkamah sendiri atau sebaliknya? Adalah diharapkan ada bantuan penjelasan dari Majlis Peguam untuk perkara tersebut.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker