ZAHIRAH & AIMAN BERANGKAT KE AUSTRALIA: “WHEN WE RETURN, THERE WILL BE THREE OF US”
Menerusi muat naik terbaru di Insta Stories, pelakon Zahirah MacWilson memaklumkan dia dan suaminya, pelakon Aiman Hakim Ridza mengambil keputusan untuk menyambut kelahiran cahaya mata pertama mereka di Perth, Australia.
Zahirah atau nama penuhnya Nur Zahirah MacWilson Zainol, 25, berkongsi foto dia dan suaminya dalam perjalanan pulang ke kampung halaman aktres tersebut pada pagi, Jumaat.
“See you next year, Malaysia. We love you guys, terima kasih atas semua doa yang baik-baik. Insya-Allah bila kami pulang, akan bertiga,” katanya.
Kandungan pelakon filem ‘Bulan dan Pria Terhebat’ itu kini sudah mencecah tujuh bulan dan dijangka bersalin pada Disember depan. Sebelum ini, Zahirah meluahkan rasa syukur dan teruja untuk menyambut kelahiran anak sulung mereka.
Klik untuk gambar besar
Sementara itu, ibu kepada Zahirah iaitu Maslinda Yusoff meluahkan rasa syukur anak dan menantunya dapat pulang ke Perth biarpun perlu melalui dugaan berikutan pandemik Covid-19.
Maslinda menerusi laman Instagram miliknya pada Jumaat memberitahu pasangan itu akan menjalani kuarantin selama dua minggu terlebih dahulu sebelum pulang ke rumahnya.
“Di waktu Covid-19 sekarang ini banyak betul dugaan yang mereka lalui untuk pulang ke Perth. Syukur Alhamdulillah, Allah telah perkenankan doa-doa kami supaya urusan anak-anak kami dipermudahkan.
“Sekarang, mereka dalam perjalanan pulang ke rumah. Saya sangat bersyukur kepada Allah. Semoga penerbangan kak dan Aiman dalam keadaan selamat. Kita akan berjumpa awak selepas dua minggu awak menjalani kuarantin. Love you guys so much. #cantwaittoseeyou,” tulis Maslinda.
Dalam pada itu, bapa Zahirah, pelakon Zainol MacWilson menerusi Instagramnya itu juga berharap semua orang mendoakan keselamatan anak, cucu dan menantunya.
“Pagi tadi, Zahirah, cucu saya dan Aiman dah pun berangkat pulang ke Perth. Papa doakan semoga kakak serta cucu papa dan menantu selamat sampai. Mohon sama-sama kita doakan keselamatan mereka agar dilindungi Allah sepanjang masa… aamiin,” ujarnya.
Untuk makluman, Zahirah mendirikan rumah tangga dengan Aiman atau nama penuhnya Aiman Hakim Ridza Abdoh, 31, pada 8 Jun tahun lalu.
KERTAS PUTIH FELDA – LAPORAN FORENSIK MENGELIRUKAN (EPISOD 3.25)
KERTAS PUTIH FELDA – LAPORAN FORENSIK MENGELIRUKAN (EPISOD 3.25)