AHAD LALU – FARA HEZEL SELAMAT BERGELAR IBU, TIMANG BAYI LELAKI

“Alhamdulillah… saya selamat melahirkan putera sulung kami pada Ahad lalu pada pukul 6.05 pagi dengan berat 3.57 kilogram. Macam-macam perasaan yang saya rasa sekarang antaranya gembira dan pada masa yang sama penat. Tapi bagi saya, yang penting fizikal dan mental perlu kuat.

“Seronok dapat menjadi seorang ibu di usia yang muda tapi macam yang saya cakap, memang memerlukan fizikal dan mental yang kuat,” demikianlah kata penyanyi Fara Hezel yang dalam diam rupa-rupanya telah selamat melahirkan cahaya mata pertamanya iaitu bayi lelaki di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu pada Ahad lalu.

Fara atau nama sebenar Nurfaraazira Binti Yusri, 24, meluahkan rasa syukur dan teruja kerana diberi kesempatan untuk menjadi seorang ibu di usia muda.

Klik untuk gambar besar



Sekitar bulan April lalu, Fara berkongsi berita gembira bahawa dia sedang hamil tiga bulan. Dalam pada itu, Fara memberitahu dia kini menjalani proses berpantang di kampung halaman suaminya di Terengganu.

Fara yang juga kakak kepada penyanyi Aiman Tino ini berkata, dia terpaksa berjauhan dengan keluarganya berikutan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Memang dalam perancangan saya mahu berpantang di Terengganu. Bersalin ketika tempoh PKPB agak sedikit terbatas tapi saya bersyukur semuanya.



“Aiman Tino pun dah tak sabar nak datang Terengganu untuk melawat tapi oleh kerana dia di Kuala Lumpur dan kes Covid-19 semakin meningkat, kenalah patuh pada PKPB,” jelasnya.

Sementara itu, Fara akan berkongsi nama dan wajah anaknya dalam masa terdekat kerana dia ingin menghormati keputusan suaminya iaitu Tengku Mohammad Kamal Hisahmuddin. Untuk makluman, Fara mendirikan rumah tangga dengan Tengku Mohammad Kamal Hisahmuddin pada 20 Disember tahun lalu.

KERTAS PUTIH FELDA – LAPORAN FORENSIK MENGELIRUKAN (EPISOD 3.25)



KERTAS PUTIH FELDA – LAPORAN FORENSIK MENGELIRUKAN (EPISOD 3.25)

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button