EX-PENANG anjur kempen derma darah bantu Mohamad Bakar

GEORGE TOWN, 24 Okt — Persatuan Bekas Pemain Bola Sepak Pulau Pinang (EX-PENANG) hari ini menganjurkan Kempen

GEORGE TOWN, 24 Okt — Persatuan Bekas Pemain Bola Sepak Pulau Pinang (EX-PENANG) hari ini menganjurkan Kempen Derma Darah Khas buat legenda bola sepak negara Datuk Mohamad Bakar, 75, yang kini menghidap penyakit tulang.

Presiden EX PENANG, Radzuan Putah berkata pihaknya hanya mengambil masa tiga hari untuk mengadakan kempen tersebut dengan dibantu oleh pegawai kesihatan daripada Hospital Kepala Batas.

“Apabila kami tahu penasihat kita (Datuk Mohamad) memerlukan bantuan darah, kami buat keputusan untuk adakan program ini.  Kami jemput pemain-pemain negeri dan kebangsaan, lama dan pemain baharu untuk sama-sama berganding bahu menderma darah kepada beliau.



“Pada masa sama saya ingin mengucapkan terima kasih kepada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana sudi datang pada hari ini walaupun sedang sibuk tangani kes-kes COVID-19 dalam negara,” katanya kepada Bernama ketika Kempen Derma Darah Khas anjuran bersama Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang di Stadium Bandaraya di sini, hari ini.

Dalam pada itu, anak perempuan Mohamad Bakar, Siti Mardhiana ketika dihubungi berkata bapanya yang kini dirawat di Wad A2 Hematologi Hospital Pulau Pinang (HPP) mempunyai darah jenis AB+, boleh menerima darah dari jenis A+, B+, AB+ dan O+.

“Keadaannya semakin lemah. Bapa saya menghidapi penyakit berkaitan dengan kegagalan sumsum tulang untuk menghasilkan darah,” katanya.

Mohamad memulakan karier sebagai pemain bola sepak Pulau Pinang pada 1960-an dan menyertai skuad kebangsaan yang berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik di Munich, Jerman pada 1972.



Beliau juga pernah menjadi penolong jurulatih skuad Olimpik Moscow 1980, sebelum dilantik sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya pada 1985.

Sementara itu, bekas pemain kebangsaan Salahuddin Che Rose, 51, memohon agar Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dapat mempertimbangkan penyediaan elaun bulanan kepada bekas pemain kebangsaan bagi membantu semua bekas pemain yang kini menghadapi masalah kesihatan.

“Saya mengucapkan terima kasih kerana baru-baru ini FAM ada keluarkan kenyataan untuk menjejak kembali bekas-bekas pemain kebangsaan. Saya harap FAM akan menunaikan apa-apa yang dicakap.

“Saya berharap Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin dapat membuat satu tindakan untuk membantu semua bekas pemain yang menghidapi masalah kesihatan. Saya sangat berharap supaya selepas ini bekas-bekas pemain bola sepak kebangsaan boleh menghubungi sendiri FAM untuk meminta bantuan,” katanya.

— BERNAMA

KERTAS PUTIH FELDA – LAPORAN FORENSIK MENGELIRUKAN (EPISOD 3.25)

KERTAS PUTIH FELDA – LAPORAN FORENSIK MENGELIRUKAN (EPISOD 3.25)

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker