FOTO BAYI DIBUANG KERANA FAKTOR EKONOMI MERUNTUN HATI

MENYAYAT HATI MELIHAT BAYI DILETAKKAN DALAM KOTAK

“Kami mohon maaf kerana tak dapat membesarkan Muhammad Arif atas sebab ekonomi. Kami mohon siapa yang dapat dan sanggup membesarkan dia”

Itu antara kandungan yang ditemui bersama seorang bayi yang ditemui di pintu pagar Surau Nurul Huda, Kampung Sungai Kajang Baru pagi tadi. Melihat wajah polos bayi berkenaan sudah pasti hati akan meruntun kesedihan dengan alasan yang disertakan.

Buang Bayi

Tidak dapat dinafikan ekonomi negara yang terjejas kerana covid19 turut mempengaruhi mental setiap rakyat, namun sebagai seorang Islam ibu atau bapa kepada bayi ini seakan hilang pedoman apabila menggunakan alasan ekonomi untuk membuang Arif.

Ini sebahagian kisah yang menjadi kerisauan rakyat apabila kerajaan masih belum mampu memulihkan ekonomi negara dan dalam masa sama angka peningkatan covid19 terus meningkat sekaligus memaksa kerajaan bertindak melaksanakan pelbagai sekatan bermula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Janganlah jadikan kehadiran anak dalam kehidupan sebagai bebanan untuk melepaskan diri daripada tanggungjawab. Bayi itu tidak bersalah dan tidak meminta dilahirkan sewaktu covid19 masih berleluasa. 

Petikan daripada facebook – Sujita Soorian

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker