ISU PENGGUBAHAN WANG HARAM, PELACURAN – FINAS PANDANG SERIUS, PESAN JANGAN BERTINDAK SERKAP JARANG

“Finas mengingatkan semua pihak terutama pengguna laman sosial supaya tidak bertindak secara serkap jarang dalam membuat kenyataan yang boleh menjatuhkan reputasi dan kredibiliti warga seni.

“Sehubungan itu, Finas memberi sepenuh kepercayaan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan tugas dalam membuat siasatan dan mengambil tindakan yang sewajarnya selaras dengan sistem perundangan negara,” kata pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Zakaria Abdul Hamid dalam satu kenyataan kepada media.

Kontroversi melibatkan isu penggubahan wang haram dan sindiket pelacuran yang dikaitkan dengan golongan selebriti sejak akhir-akhir ini turut mendapat perhatian serius daripada Finas. Beliau memberitahu, pihaknya memandang serius hal tersebut kerana ia melibatkan nama baik industri kreatif.

Katanya, orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah membuat sebarang bentuk spekulasi dan telahan yang boleh mencemarkan imej mana-mana penggiat seni. Jelas beliau lagi, Finas juga sentiasa bersedia untuk memberikan segala bentuk kerjasama dengan pihak berkuasa dalam menangani isu berkenaan.



Sebelum ini, sebuah akhbar mingguan melaporkan terdapat kegiatan tidak bermoral yang mengaitkan golongan selebriti sehingga mampu meraih RM40,000 semalam. Pendedahan itu dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia susulan siasatan berhubung aktiviti penggubahan wang haram yang turut mengaitkan beberapa selebriti tanah air.

Ekoran pendedahan itu, beberapa selebriti tempatan dipanggil bagi membantu siasatan. Bagaimanapun, orang ramai mula membuat spekulasi sendiri mengenai individu-individu yang mungkin terpalit.

www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Astro Awani

KERTAS PUTIH FELDA – LAPORAN FORENSIK MENGELIRUKAN (EPISOD 3.25)



KERTAS PUTIH FELDA – LAPORAN FORENSIK MENGELIRUKAN (EPISOD 3.25)



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button