KERTAS PUTIH FELDA – ANTARA AZMIN ALI, FELDA DAN FIC SIAPA SALAH?
LAPORAN KERTAS PUTIH FELDA (FORENSIK) ARAHAN SIAPA?
Menurut Laporan Kertas Putih Felda (Forensik) Kes 5 : Pembangunan Projek Kuala Lumpur Vertical City
KLVC adalah projek pembangunan bercampur dalam tempoh 10 tahun pelaksanaan. Lembaga Pengarah FIC bersetuju melantik sebuah syarikat pemaju hartanah pada 16 Januari 2014. FIC dikatakan tiada hak atas tanah dan belum dilantik FELDA sebagai Perunding Pengurusan Projek untuk FELDA. Persoalannya untuk apa FIC ditubuhkan pada 2 Julai 2013?
“Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC), was incorporated by Federal Land Development Authority (FELDA) on 2 July 2013.
FELDA was established on 1 July 1956 under the Land Development Ordinance of 1956 for the development of land and relocation with the objective of poverty eradication through the cultivation of oil palm and rubber. FIC, wholly owned by FELDA, was established as the investment arm of FELDA, aims to ensure sustainable and reasonable growth in order to generate returns to its shareholder. FIC’s role is to undertake business activities which are non-plantation related and at present, FIC is principally involved in the areas of property development, hospitality and other strategic investments.“
Adakah dalam Laporan Kertas Putih Felda (Forensik) cuba menafikan matlamat sebenar penubuhan FIC oleh Felda? Umum mengetahui siapakah Menteri yang terlibat dan memegang portfolio untuk menjaga Felda ketika itu, tetapi amat menghairankan mengapa laporan ini dibuat secara tergesa-gesa?
Cubaan untuk menafikan penubuhan FIC telah menampakkan beberapa perkara yang berkaitan maklumat tidak tepat dengan perbandingan laporan yang sebenarnya. Umum mengetahui kepincangan ini berlaku setelah Pakatan Harapan memerintah negara, ianya dapat dibuktikan bagaimana aliran tunai berubah menjadi rugi secara tiba tiba.
Jika dilihat dengan pandangan ilmiah secara kasarnya, apa yang sedang berlaku ini adalah bermatlamat untuk menjatuhkan reputasi Felda dan tujuan utama Pakatan Harapan untuk mencari kesalahan pemerintahan kerajaan sebelum PRU14 bagi kepentingan dan survival politik mereka.
Pada 17 Mac 2017, Lembaga Pengarah Felda dimaklumkan sebahagian besar tanah FELDA di Jalan Semarak telah dipindah milik kepada syarikat F dan syarikat bersekutu (Syarikat G) tanpa kelulusan FELDA melalui empat S&P yang dilaksanakan syarikat F bagi pihak FELDA berdasarkan kusa yang diberikan melalui Surat Kuasa Wakil (POA). Mengapa tiada tarikh POA disertakan dalam laporan ini? Mengikut rekod yang tercatit, POA telah ditandatangani pada 3 Jun 2014 dan disahkan salinan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 5 Jun 2014.
Artikel berkaitan – Kertas Putih FELDA (Forensik)
Artikel Berkaitan – Kertas Putih FELDA (Forensik) Yang Janggal
Kemusykilan ini terdapat dalam Laporan Forensik oleh syarikat yang terpilih. Logik atau tidak FELDA mengambil tempoh dari 2014 sehingga 2017 untuk mendapat tahu perkara ini? Mustahil bukan? Sedangkan didalam Felda sendiri terdapatnya Jawatankuasa Pengurusan Risiko untuk menilai sesuatu perlaburan yang akan dibuat oleh Felda atau subsidairi dibawah pengurusan mereka.
Kemustahilan ini berlaku apabila dikatakanFelda tidak ada tenaga pakar menilai POA yang ditandatangani pada 2014 serta mengkaji kandungan POA sebelum ia ditandatangan atau ada pihak tertentu yang sengaja memperbesarkan perkara ini untuk mencipta persepsi buruk terhadap Felda? Ini sebahagian besar persoalan yang perlu dijelaskan Azmin Ali selaku Menteri (MEA) yang membentangkannya dalam parlimen.
Lagi Artikel Berkaitan – Kenyataan SPRM Berkaitan FIC dan KLVC
Apabila sesuatu isu dibentangkan dalam format Kertas Putih, ianya perlulah mengkaji dan menganalisa lebih dalam dan membentangkannya tanpa menyisihkan data data yang perlu diketahui. Berbeza dengan Kerta Putih FELDA (Forensik) ia dibentangkan umpama ‘melepas batuk di tangga’ dan hanya menyalahkan satu pihak sahaja tanpa keseimbangan fakta yang sebenar. Mengapa ini berlaku?
Pendedahan ini sudah pasti akan memeranjatkan banyak pihak selepas ini. Terdapat banyak kelemahan ketara dalam Laporan Kertas Putih (Forensik) yang perlu diketahui umum terutama Peneroka Felda dan Generasi Felda supaya mereka lebih memahami perkara sebenar yang berlaku dan kemana sebenarnya pelaburan yang dilakukan Felda.
Relevankah Forensik Kertas Putih Apabila Menggunakan Perkataan “Kemungkinan “ Jika Ada”
Relevankah Forensik Kertas Putih Apabila Menggunakan Perkataan “Kemungkinan “ Jika Ada”